CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Penyokong Garuda Baling Suar Dalam Stadium, Salah Pengawal Keselamatan?

20-11-2019 10:18 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7496| Komen: 21|Original author: Tukang Tulis

Suasana di kawasan penyokong Malaysia kecoh apabila suar yang menyala dilontarkan oleh penyokong Malaysia.

Kredit foto: Malaysia Gazette

Penyokong pasukan bola sepak Indonesia memang terkenal dengan reputasi buruk mereka yang selalu mengganas di stadium tanpa mengira sama ada ketika menjadi tuan rumah atau beraksi di gelanggang lawan.

Sikap buruk mereka itu semakin menjadi-jadi apabila pasukan kesayangan mereka tewas di tangan lawan dan diperlihatkan lagi setelah skuad Garuda kecundang 2-0 dalam pertembungan dengan Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bandar Sukan KL pada 19 November.

Memetik laporan laman Facebook Malaysia Gazette, penyokong Indonesia didakwa mula melontarkan suar ke dalam kawasan stadium selepas Safawi Rasid menjaringkan gol pertama untuk Malaysia pada minit ke-29.



Tidak cukup dengan itu, aksi babak kedua dicemari pula dengan tindakan ganas penyokong Indonesia membaling kerusi ke kawasan penyokong Malaysia.

Walau bagaimanapun, situasi di dalam stadium kembali terkawal selepas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pasukan keselamatan bertindak pantas menenteramkan keadaan.


FRU bertindak untuk mengawal keadaan yang panas akibat gelagat penyokong Indonesia.
Kredit foto: Malaysia Gazette

Sikap ganas penyokong kesal itu mengundang reaksi kesal para netizen memandangkan keadaan sedemikian sudah kerap berlaku dalam pertembungan antara Malaysia dan Indonesia.


Kredit foto: Facebook

Kredit foto: Facebook

Mereka turut mempersoalkan tahap kawalan keselamatan di pintu masuk stadium berikutan ada penyokong Indonesia yang dapat membawa masuk suar.

Malah, ada netizen meminta pihak berkuasa melakukan pemeriksaan menyeluruh bagi menghalang individu yang disyaki samseng bola sepak terlepas masuk ke dalam stadium.


Kredit foto: Facebook

Jika langkah itu dilaksanakan, pasti ramai yang merungut kerana pemeriksaan keselamatan yang terperinci akan mengambil masa lama, sekali gus boleh menyebabkan kesesakan di pintu masuk.

Mungkin pihak berkuasa boleh mempertimbangkan untuk menyekat individu yang mempunyai rekod sebagai 'samseng bola sepak' daripada memasuki stadium seperti yang dilakukan di United Kingdom. - CARI
1

Bagus
8

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LuvAurora 20-11-2019 10:30 AM
Patutnya depa ni elok suruh tgk dalam tv ja.. Kalau kalah hang bagi ja tv tu pecah
Quote Ina8895 20-11-2019 10:34 AM
LuvAurora: Patutnya depa ni elok suruh tgk dalam tv ja.. Kalau kalah hang bagi ja tv tu pecah


Rumah dia takde tv
Quote rayriff 20-11-2019 10:38 AM
LuvAurora: Patutnya depa ni elok suruh tgk dalam tv ja.. Kalau kalah hang bagi ja tv tu pecah


saya rasa dalam sangkar je.. tunggu msia balik baru bukak kunci.
Quote nazzse 20-11-2019 10:38 AM
selayaknyak dicop negara low class
Quote Ina8895 20-11-2019 10:47 AM
rayriff: saya rasa dalam sangkar je.. tunggu msia balik baru bukak kunci.

Geng depa ni pakar bukak kunci
Quote msdummy.2018 20-11-2019 10:56 AM
nazzse replied at 20-11-2019 10:38 AM
selayaknyak dicop negara low class

betullll.....rkyt msia jgn plak sibuk nk melancong ke tempat diaorg plak...low class katakannnn
Quote EmaAsmadi 20-11-2019 11:08 AM
Relaxlah indon. Takkan semua kau nak lebih
Quote bakingsoda 20-11-2019 11:14 AM
aku salah baca dorang baling seluar dalam dasar tak bertamadun
Quote bobo_beck 20-11-2019 11:35 AM
Pe kurang penyokong tempatan.... cuba la tgk kat stadium2 kita bpe byk kerusi dah rosak bagai... elok tempat duduk tu buat daripada simen je... masing2 bersorak abis dipanjat dipijak kerusi tuh.. lom cita benda2 lain yg jahanam... nak repair kutipan tiket bape rm sgt sbb xramai penyokong dtg stadium...
Quote pokaibanktokyo 20-11-2019 12:24 PM
Tiada gunanya indon hamba abdi semua cuba melawan. Indonesia babu kepada Malaysia buat selamanya. Terimalah hakikat yang kejam ini. Hahahahaaa
Quote zuuu 20-11-2019 12:29 PM
bakingsoda replied at 20-11-2019 11:14 AM
aku salah baca dorang baling seluar dalam  dasar tak bertamadun

Aq pon...terkejut baca peyokong garuda baling seluar dalam,baca sekali lagi baru faham....dh pelik aq kut ye pon kalah dh kenapa sampai nk kena baling seluar dalam pulak
Quote BoLapciOus 20-11-2019 01:00 PM
Samala ambo pon ingtkn suor dlm..hehe
Quote Ina8895 20-11-2019 02:22 PM
Kamu semua goblok
Quote Sangkar_Emas7 20-11-2019 02:43 PM
Sampai FRU turun...indon..indonn...
Quote Cyempaka 20-11-2019 03:18 PM
tu pun ada yg gigih bawak anak kecik p stadium semalam. bknnya tak tau penyokong indon agresif
Quote palmolive 20-11-2019 03:25 PM
bakingsoda replied at 20-11-2019 11:14 AM
aku salah baca dorang baling seluar dalam  dasar tak bertamadun

seluar dalam apa berapi gitu
Quote Ina8895 20-11-2019 03:32 PM
Sangkar_Emas7 replied at 20-11-2019 02:43 PM
Sampai FRU turun...indon..indonn...

Patut bawak imigresen. Baru depa gabra
Quote gummiebear 20-11-2019 03:40 PM
Iols pun salah baca suar dalam.. ampunn. Motiff sangat lempar suar dalam khenn
Quote ultraline 20-11-2019 11:52 PM
terpaksa komen sebb merugikan beribu ringgit tgk paper.. ape ke bod la si indo ni.. cuba klu kite baling suar kt stadium die..mahu dikate msia mahu perang..nah pihak ats..kasi ketat kawln..klu dtadium leh balig suar..mau baling bom dimasa akn dtg..hanya komen yer jgn mare.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.509281 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top