CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahana Selalu Masuk Lambat, Lelaki Parah Ditikam Rakan Sekerja

20-11-2019 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4926| Komen: 18

Lelaki parah ditikam rakan sekerja kerana tidak menepati masa sewaktu menjalankan tugas.

Astro AWANI melaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah syarikat penghantaran barang di Balik Pulau, semalam.


Dalam kejadian, mangsa ditikam di dada, rusuk kiri, dagu dan tangan kanan, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Jafri Md Zain.

Difahamkan, suspek juga merupakan ketua kumpulan kerja mangsa di syarikat berkenaan.


Gambar hiasan

Siasatan awal mendapati, kes berpunca akibat suspek, 27, tidak berpuas hati apabila mangsa serta beberapa pekerja lain didakwa tidak menepati masa ketika menjalankan tugas.

Suspek dikatakan hilang sabar apabila sudah beberapa kali tegurannya tidak diendahkan.

Malah, suspek dikatakan berdendam dengan mangsa dan beberapa pekerja lain kerana terpaksa bekerja bersendirian apabila lori tiba untuk mengambil barangan penghantaran.


"Kejadian itu berlaku ketika mangsa baru tiba untuk masuk bekerja dan berlaku pertengkaran mulut antara mereka kerana suspek marahkan lelaki tersebut ekoran datang lambat sebelum dia mengambil pisau dan menikam mangsa," katanya.

Suspek kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Berikutan kejadian, polis menahan suspek di Seberang Perai pada petang semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan masih dalam keadaan kritikal dan belum sedar.

Pemeriksaan polis medapati kedua-dua suspek dan mangsa mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah.

Sementara itu, seorang lagi pekerja syarikat berkenaan membuat laporan polis mendakwa diugut suspek sama yang mahu menetaknya.

Dakwa lelaki berusia 20 tahun itu, dia dihubungi suspek yang mengugut mahu menetaknya jika membuat laporan polis mengenai panggilan berkenaan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazida 19-11-2019 07:53 PM
org report polis pun ko nk tetak. Mmg mental kau ni. Dh kalau mngsa bermasalah, kau buat report kt atasan. Bebal. Xpasal bercuti dlm penjara
Quote Skuau 19-11-2019 09:37 PM
apabila  majikan...janji business jalan..untung masuk....hal pekerja tu camner...x peduli apa...jadilah menda camni...akhirnya...korang berbunuhan...boleh jer aku ganti...PATI kan berlambak kat Msia ni.....@alkisahnya.
Quote krustykrab 19-11-2019 10:26 PM
Aku pun kdg rasa nk cekik opismate aku yg gemuk rendang ni, dah la selalu lambat, kuat makan n, kuat sembang, kuat melawan...
Quote sukacactus 19-11-2019 10:36 PM
Aku baca tajuk mula tu igtkan mcm backstabbing tu, kwn mkn kwn
Rupa2nya literally kena tikam
Quote Adakah? 19-11-2019 10:41 PM
krustykrab replied at 19-11-2019 10:26 PM
Aku pun kdg rasa nk cekik opismate aku yg gemuk rendang ni, dah la selalu lambat, kuat makan n, kuat ...

opismate ko tu lelaki ke perempuan?sebab bila ko kata gemuk rendang tu, mengingatkan aku kpd ex opismate aku yang jenis kuat sembang gak.pastu tipu OT.sorry tt off topic lak
Quote Remyda 19-11-2019 11:00 PM
[fbp]https://www.facebook.com/1422465924657555/posts/2554251288145674?d=n&sfns=mo[/fbp]
Quote R2D2 19-11-2019 11:07 PM
Lelaki tikam rakan dah kena tahan


LELAKI yang melarikan diri selepas menikam rakan sekerjanya di syarikat penghantaran barang berjaya ditahan di Simpang Ampat, Nibong Tebal, hari ini.

Suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan polis di tepi jalan kira-kira 7 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Mohd Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit kes dadah (dua) dan jenayah.

Katanya, mangsa yang berusia 24 tahun juga mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah.

“Sehingga kini, mangsa masih kritikal dan dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Suspek melarikan diri bersama pisau yang digunakan untuk menikam mangsa. Setakat ini, motif kejadian dipercayai masalah di tempat kerja,” katanya.

Menurutnya, polis sudah merakam percakapan seorang saksi yang berada di lokasi dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 1.30 petang mangsa ditikam suspek yang juga ‘team leader’ kumpulan kerja mereka yang seramai lima orang.
Quote honeybee1802 19-11-2019 11:15 PM
Mat pit vs mat pit bertikam2...
Quote missinpiece 19-11-2019 11:42 PM
Memang boleh buat sakit jiwa ngn org yg x tepati masa n janji ni. Keje akan jadi delay, jadi keje org pulak kena settlekan bahagian dia
Tapi ramai yg sokong puak2 ni, yg rata2nya perangai sepesen juga
Quote krustykrab 20-11-2019 08:15 AM
Adakah? replied at 19-11-2019 10:41 PM
opismate ko tu lelaki ke perempuan?sebab bila ko kata gemuk rendang tu, mengingatkan aku kpd ex op ...

Gegirl tp sini x de ot
Quote krustykrab 20-11-2019 08:16 AM
R2D2 replied at 19-11-2019 11:07 PM
Lelaki tikam rakan dah kena tahan



Mat dadih tetak mat dadih...kena dahhhhh
Quote Adakah? 20-11-2019 08:50 AM
krustykrab replied at 20-11-2019 08:15 AM
Gegirl tp sini x de ot

oh ex opismate aku tu laki.baru nak membawang kalau orang yang sama
Quote Pearlapple 20-11-2019 11:33 AM
Boleh la share news ni dekat dalam group chat opis dengan caption next kau pulak dengan harapan orang tu perasan.
Quote meow_tompok 20-11-2019 12:37 PM
kalau pernah amik dadah, mmg kepala otak tak stabil, semua org pun naik darah jugak beb kat tempat kerja
Quote umie 20-11-2019 01:45 PM
Dadah tu kes masa lampau...mungkin skrg dia dah berubah dan dah jadi team leader. Mamat yg kena tikam tu ada time management problem. Dah warning byk kali tapi masih lambat gak sampai suspek kena buat keje sensorang.  Salah mmg salah sbb dah tikam org tapi kena cari gak penyebab kenapa dia tikam org.  Akk kat kat opis ni pun tensi gak opismate hari2 dtg lambat! Rasa2 boleh tikam x?
Quote krustykrab 20-11-2019 01:52 PM
Pearlapple replied at 20-11-2019 11:33 AM
Boleh la share news ni dekat dalam group chat opis dengan caption next kau pulak dengan harapan oran ...

Hahaha...khennnn...
Quote fushimi 20-11-2019 02:48 PM
krustykrab replied at 19-11-2019 10:26 PM
Aku pun kdg rasa nk cekik opismate aku yg gemuk rendang ni, dah la selalu lambat, kuat makan n, kuat ...

lain kali keji je depan depan sis

iols kalau bab kerja no hal marah orang depan depan orang lain

Quote rosli_nurizzati 20-11-2019 02:56 PM
ni baru tikam depan.. apa barang tikam belakang.. maybe saspek ni dah insaf jadi mat pit, so keja la elok2.. bila team member suka lambat, performance team pun efek.. majikan tau apa.. tau achieve target kpi ja.. dia bengang la kot, sbb nov kan slalu evaluate utk bonus ka apa...

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042440 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top