Pelakon jelita Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Binti Nazaruddin beberapa jam yang lepas telah memuat naik video meluahkan perasaan kecewa dengan sikap seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) yang telah melanggar keretanya.
Kejadian difahamkan berlaku di jalan utama berhadapan dengan Cheras Leisure Mall dimana Lisdawati sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk. "Apa yang mendukacitakan saya hari ini adalah kereta saya telah dilanggar oleh sebuah motor OKU." "Walaupun hati saya berderau, of course lah marah kerana saya baru sahaja baiki kereta saya." Menurut Lisdawati, dia marah apabila dilanggar namun cuba bersabar kerana kasihankan pemandu motosikal tersebut yang merupakan pemegang kad OKU.
"Ternyata dia yang salah walaupun saya tahu kesalahan itu mungkin tak disengajakan." "Tetapi, sesuatu yang agak mengecewakan dalam masa saya meminta bantuan dia untuk menaikkan semula bumper kereta saya yang dah terjatuh, sebenarnya saya mengharapkan perkataan 'sorry'." Lisdawati ternyata kecewa dengan sikap pemuda tersebut yang langsung tidak meminta maaf malah seolah-olah cuba untuk menyalahkan Lisdawati pula.
|
ADVERTISEMENT