Tahun lepas, memang banyak sungguh kontroversi membabitkan Haqiem Rusli sampai ramai rakan artis turut mengecam dan membenci dirinya.
Salah satunya ialah Sharul Kamal, bekas peserta Akademi Fantasia 2015 yang pernah mengkritik Haqiem secara terbuka di media sosial. Bagimanapun, hubungan mereka berdua pulih apabila Haqiem sendiri menyatakan yang dia sudah memaafkan semua pihak yang pernah menghinanya dulu. "Benda dah lepas, baik maafkan sahaja. Tak kisah kita betul atau salah, memaafkan itu adalah mulia di sisi Allah. Dia dulunya adalah teman baik saya, tapi ada perkara yang berlaku sampai kami berselisih faham," katanya kepada mStar Online.
Sebelum itu, Sharul ada memuat naik perbualannya dengan Haqiem. Sharul meminta maaf kerana telah menyakiti hati Haqiem. "Aku tak pernah minta maaf, sebab tu rezeki aku sempit," tulisnya. Dalam perbualan tersebut, dapat dilihat Haqiem sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada Sharul untuk terus berjuang dalam industri hiburan. Baguslah dah berbaik. Mulia sungguh insan yang dapat memaafkan orang yang menyakitinya. Terbaik Haqiem! - CARI
|
meow_tompok replied at 20-11-2019 12:32 PM
ala meltingnya dak qie qie, baik hati betul budak ni
tapi betullah.. salah satu 7 simpul rezeki ia ...
damian_lee replied at 20-11-2019 05:04 AM
Pastu ... diorang couple ke apa?
ADVERTISEMENT