CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Selagi Tak Kacau Periuk Nasi, Saya Ok Je" - Siti Nordiana Tak Kisah Orang Mengata

21-11-2019 10:29 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 15508| Komen: 98|Original author: Oleh: ameenarara

Berstatus ibu tunggal bukanlah mudah untuk mengharungi kehidupan bersama anak. Itulah yang dialami Siti Nordiana selama sembilan tahun membesarkan anak lelakinya tanpa pasangan.

Ketika ditemu bual Berita Harian, sehingga ke hari ini Nana banyak memberi fokus pada kerjaya seni dan sudah tentu tanggungjawab membesarkan anak tunggalnya, Mohammad Rayyan Nakhaei.



Foto: Instagram Siti Nordiana

Dia perlu kuat memegang status ibu tunggal dan masih merasakan dirinya belum lagi perlu untuk memikirkan hal rumah tangga kerana ia melibatkan persediaan mental dan fizikal.

Tambahnya lagi, dia sering berdoa pada Allah agar dijauhkan lelaki yang bukan jodohnya dan yakin akan bertemu jodoh apabila sudah tiba masanya.




Menjadi seorang wanita matang tidak boleh mengambil ringan sahaja soal cinta kerana banyak hati yang perlu dijaga.

Dia juga tidak kisah apa yang dikatakan orang tentang status janda selagi ia tidak mengganggu periuk nasi dan keluarganya. 



Sesiapa sahaja yang meninggalkan komen negatif padanya akan disekat dalam media sosial supaya tidak menjejaskan emosi.

Nana pasti akan bertemu jodoh dengan lelaki yang sanggup menerimanya dan anak seadanya. Tidak perlu terlalu memikirkan bab jodoh. Banyakkan berdoa pada Tuhan, semoga rezeki sentiasa diberkati dan diperluaskan. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-11-2019 10:32 AM
helokk usop baharin ni
Quote natrahn 21-11-2019 11:26 AM

kan... hensem ada, manis pon ada...
Quote kuntap 21-11-2019 11:58 AM
Kurex replied at 21-11-2019 10:32 AM
helokk usop baharin ni


Kalau dengan bang usop ni iolls sokong 100%
Quote af_mania 21-11-2019 12:00 PM
Edited by af_mania at 21-11-2019 12:02 PM

Cantik, popular, lemah lembut, suara sedap.

Dah tiba masanya Nana upgrade dari level lagu leman kampong ke level lagu leman moden. Nana dah kaya.. boleh la labur sikit duit cari komposer muda yang berbakat (contoh Amylea), cari image consultant. In shaa Allah Nana lebih berjaya.

Single2 dia lepas GV2 satu pun meols tak selera nak dengar.
Quote RLC is RLC 21-11-2019 12:10 PM
kuntap replied at 21-11-2019 11:58 AM
Kalau dengan bang usop ni iolls sokong 100%

sokong apa? dengan nana ke? usop ni pun muda lg baru 27 tp nampak matured, kira ok lah nana... sesuai gak

tapi kesian nana, asyik dikenenkan dgn artis bbnu n hero2 muda... pastu xpasal2 kene kecam...


Quote Kurex 21-11-2019 12:11 PM
kuntap replied at 21-11-2019 11:58 AM
Kalau dengan bang usop ni iolls sokong 100%

dia ganti zul ripin i
Quote Lelli 21-11-2019 12:14 PM
Meols nantikan lagu terbaru Nana ciptaan Fedtri Yahya n Sharon Paul.
Harapnya fresh dan strong mcm lagu terlalu memuja.
Meols ok je Nana kekalkan 'leman' dlm lagu ciptaan sheols sndri,sbb itu adalah dirinya.
But in the same time,Nana kena ambik dan nyanyi lagu ciptaan komposer lain utk membuktikan Nana still relaven dan mampu bersaing dgn penyanyi yg lain dari segi vokal..
Lagu material AJL pn penting utk seimbangkan populariti dari netizen n recognize bakat dari juri.
Just my 2 cent😘
Quote September14 21-11-2019 12:43 PM
Menarik baju nya ala2 cover tetek gtu
Quote dappnyoo 21-11-2019 12:45 PM
af_mania:    Edited by af_mania at 21-11-2019 12:02 PM  Cantik, popular, lemah lembut, suara sedap.Dah tiba masanya Nana upgrade dari level lagu leman kampong ke ...



Setuju..Nana kena laburkan sedikit duit utk dapatkan lagu dari komposer baru..selain Amylea,lagu ciptaan Haqiem Rusli pn bagus..cari kelainan,jgn terperuk ditakut lama.
Tp dengarnya Nana akan bakalan keluar dgn lagu baru ciptaan duo Fedtri + Sharon..hopefully Nana akan mendapat aura nyanyian mcm GV2 blk..i know,she can.

Nana dah ada stylish la u,org yg sama yg stylish Jihan Musa..Mgkin sedikit terbatas sbb Nana nk kekalkan imej 'muslimah' dia tu.
Quote bambimbom 21-11-2019 12:49 PM
dappnyoo replied at 21-11-2019 12:45 PM
Setuju..Nana kena laburkan sedikit duit utk dapatkan lagu dari komposer baru..selain Amylea,la ...

style jihan kat GV tu idea sape? mcm byk tiru style lopa je..
Quote dappnyoo 21-11-2019 12:54 PM
Menarik baju nya ala2 cover tetek gtu

Nampak la jgk kelainan dari segi style tudung..
kalau x,dk ulang2 style tudung labuh menutup dada di dpn tu..Designer kena la kreatif utk design baju utk artis yg bawa imej muslimah ni..Sopan dan menutup aurat,tp masih mampu berfesyen..gituu

Quote dappnyoo 21-11-2019 12:57 PM
bambimbom replied at 21-11-2019 12:49 PM
style jihan kat GV tu idea sape? mcm byk tiru style lopa je..

U bkk ig ni @yumimarina
Quote Mawar91 21-11-2019 01:42 PM
Lelli replied at 21-11-2019 12:14 PM
Meols nantikan lagu terbaru Nana ciptaan Fedtri Yahya n Sharon Paul.
Harapnya fresh dan strong mcm  ...

Chuols tau x agak2 bile Nana nak release single tu?Sebb klu thun depan tkut die x dpt untuk pencalonan penyanyi wanita popular ABPBH since die x de single solo thun ni selain duet tu je..single kejam tu plak MCM entahlaaa..x tau leh kire as single die atau x
Quote shernazz 21-11-2019 01:50 PM
Iols nak tau..dia ada x contact contqct dgn belah sana..i means balu faizal tu..
Quote Pakis 21-11-2019 03:20 PM
kuntap replied at 21-11-2019 11:58 AM
Kalau dengan bang usop ni iolls sokong 100%

Samaa.  200percent
Quote Pakis 21-11-2019 03:22 PM
shernazz replied at 21-11-2019 01:50 PM
Iols nak tau..dia ada x contact contqct dgn belah sana..i means balu faizal tu..

Ada rasanyaa. Hubungan mereka baik lepas arwah takde
Quote Lelli 21-11-2019 03:47 PM
Mawar91 replied at 21-11-2019 01:42 PM
Chuols tau x agak2 bile Nana nak release single tu?Sebb klu thun depan tkut die x dpt untuk pencal ...

Ura2 awal tahun depan
Quote shernazz 21-11-2019 06:01 PM
Pakis replied at 21-11-2019 03:22 PM
Ada rasanyaa. Hubungan mereka baik lepas arwah takde

Ye ke
Baik btol hati nana..
Quote Creamaya 21-11-2019 06:20 PM
Wa follow jugak nana ni..tapi wa tengok nana ni sejak berlakon dgn khai bahar, dah tak macam dulu masa dia berlakon dengan fikry dan alif satar. . Bila wartawan tanya diorang tak mengaku bercinta tapi bila wa tengok ig story dia dengan khai duk baby sarahea bagai..kenape tak mengaku bercinta eaaaa??? Wa confius sebab nampak sangat diorang bercinta..tapi kan wa tengok orang lain Ada je yang cinta lokasi Tp wa x de la sampai tengok diorang semua tu duk baby2 mcm diorang..wa meluat jugak sebab khai bahar dengan nana macam ada yang tak kena je klu diorang couple.

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.086253 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top