CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tinggalkan Isteri Lepas Menang Loteri

20-11-2019 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8038| Komen: 10

Malang nasib wanita yang ditinggalkan suaminya selepas mereka menang loteri bernilai 6 juta baht (RM826,391).

Pornthida Chamnanwet, 23, dari wilayah Ubon Ratchathani membuat laporan polis mengenai kejadian kira-kira jam 10.30 malam pada Ahad lalu, lapor Bangkok Post.


Dakwanya, dia dan suami, Wijak Wannaprasit, 34, dari daerah Thon Buri, Bangkok, bekerja di sebuah kilang yang sama dan mereka sebelum ini bersetuju untuk berkongsi wang itu sama rata.


Foto: Bangkok Post

Difahamkan, pasangan itu membeli dua tiket loteri awam pada 9 November lalu di mana salah satu daripadanya dipilih sendiri wanita terbabit.

Dakwa mangsa, tiket yang dipilihnya itu bertuah memenangi tempat pertama bernilai 6 juta baht pada Sabtu lalu. Dalam keadaan teruja, pasangan itu bersetuju untuk membahagikan keuntungan itu sama rata.

Bagaimanapun, pada pagi Ahad, Wannaprasit menarik semula kata-katanya dan mahu mengambil 4 juta baht, manakala selebihnya diberikan kepada isterinya hingga tercetus pertengkaran di antara mereka.


Wannaprasit menyuruh isterinya untuk mengambil tindakan mahkamah kalau dia masih berdegil tidak bersetuju sebelum meninggalkan bilik penginapan mereka di Soi Suk Sawat 64 bersama tiket berkenaan.

Pornthida kemudian meminta bantuan polis untuk menghalang suaminya daripada menebus tiket berkenaan. - CARI
1

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 20-11-2019 02:33 PM
Abis duit tu nti blk la dia tu..
Quote fliphair8 20-11-2019 02:52 PM
lawo bini dia...takpe nanti dia belanja duit kat protitute kena aids mati sengsorang...harus kau bersyukur dek...
Quote nafham 20-11-2019 03:26 PM
Dkt rm275k juga bini ni dpt while laki tamak nak amik dkt rm550k. Kalau iols, dr nak ngamuk2 mcm tu ngan laki yg br tunjuk prangai sebenar snggup ditch iols usai dpt duit, iols fine kan aje. Iols amik rm275k tu, mintak cerai then move on dgn hidup baru. Ngak perlu ngadap laki yg dah terang2 nak susah dgn kita tp dah senang trus dia buang nya kita.
Quote gigahertz 20-11-2019 04:24 PM
nafham: Dkt rm275k juga bini ni dpt while laki tamak nak amik dkt rm550k. Kalau iols, dr nak ngamuk2 mcm tu ngan laki yg br tunjuk prangai sebenar snggup ditc ...

i rasa untung dia ada laki macam tu. maksud i dia x ambil 100% . ada tinggalkan nafkah sikit kat isteri.
Quote azwanaliori 20-11-2019 04:24 PM
Patut amik je 275k tu kan,  beli rumah ke bukak kedai urut tapak kaki ke.  
Quote gigahertz 20-11-2019 04:25 PM
fliphair8: lawo bini dia...takpe nanti dia belanja duit kat protitute kena aids mati sengsorang...harus kau bersyukur dek...

i rasa macam nak buang testis. buang misai. tebuk lubang tambak gunung dua. pastu bantal seketul kat perut jumpa laki dia cakap " i pregnant" {:run
Quote chandrahusin 20-11-2019 05:26 PM
dh nama pun ala2 parasit
Quote jalfa 20-11-2019 05:35 PM
Amik je la dek dari x merasa lansung...duit bhgian ko simpan...duit bahagian laki ko joli
Quote BebeQ 21-11-2019 10:45 AM
Ambil je la duit tu. Laki ko tu setahun ni habis la duitnya berjoli.
Lepas tu ko nampak laki ko dtg melutut kembali mungkin.
Quote ReginaGeorge 21-11-2019 11:22 AM
2juta bath pon dah kira banyak dah tu sis.. Daripada putih mata. 2 juta tu life ko dah senang banyak berbanding sebelum menang loteri. Beli rumah mini, beli keta mini. Tak payah tanak sangat dan tak payah lah terhegeh2 ngan jantan terkejut tuh {:love {:hero

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.269598 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top