CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru 14 Tahun Dah Pandai Lari Dengan Suami Orang

20-11-2019 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11797| Komen: 104

Apa nak jadi! Baru berusia 14 tahun, seorang remaja perempuan dilaporkan melarikan diri bersama teman lelakinya yang juga suami orang sejak hujung Oktober lalu.

Difahamkan, dia berasa bosan kerana dikongkong ibu dan bapa tirinya sehingga mengambil keputusan tersebut. 

Memetik laporan Harian Metro, budak itu akhirnya ditemui polis bersama teman lelakinya, 22 tahun di Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Kedua-duanya dibawa pulang ke Pulau Pinang dan lelaki tersebut ditahan reman untuk siasatan. Manakala budak perempuan itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. 

Foto: doktorsehat
Terdahulu, ibu remaja tersebut membuat laporan polis pada 31 Oktober lalu selepas dia tidak pulang ke rumah mereka di Bayan Lepas. 


“Polis turut menemubual guru dan rakan sekelas serta mendapati remaja perempuan itu turut mempunyai masalah disiplin.

“Malah, remaja itu juga pernah memberitahu rakan sekelas yang dia mahu lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap ibu serta bapa tiri yang suka mengongkong,” kata satu sumber. 

Seterusnya, budak perempuan itu menerusi teman lelakinya menghubungi ibunya bagi meminta sejumlah wang ke dalam akaun untuk perbelanjaan mereka. 

“Ibu mangsa tidak memasukkan wang seperti diminta dan suspek kemudian menghubungi isterinya, Sabtu lalu, menggunakan telefon dipinjam daripada seorang lelaki di Kuala Lumpur.

“Isteri suspek memaklumkan kepada polis berhubung panggilan itu dan kedua-dua mereka berjaya dikesan ketika berada di Stesen LRT Masjid Jamek kira-kira jam 1 pagi, semalam,” katanya. - CARI 
1

Bagus

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 20-11-2019 04:32 PM
umur 14 tahun dah pandai ikut jantan

aku dulu baya ko dik duk merengek celah mak bapak ajak pergi disneyland je  tahu

nak bercintan cintun tak reti

Quote tikusmontok 20-11-2019 04:39 PM
fushimi replied at 20-11-2019 04:32 PM
umur 14 tahun dah pandai ikut jantan

aku dulu baya ko dik duk merengek celah mak bapak ajak pergi ...

dah agak mesti ada yang bandingkan dgn diri sendiri
Quote shernazz 20-11-2019 05:03 PM
Mcmana boleh bercinta dgn suami orang tu?
Ish..
Nasib bini bg maklumat skali..
Hanat punya jantan..
Quote awanearisu 20-11-2019 05:12 PM
Bila suami orang berperangai kebudak-budakan. Tahniah isterinya sekolahkan suaminya melalui polis. Tak terkata baca artikel ini.
Quote leeya.ellow 20-11-2019 05:49 PM
kenapa ditulis suspek takda anak,dah anak 2 org pon..my doter's friend, wife diaa...
Quote barfi 20-11-2019 06:54 PM
awanearisu: Bila suami orang berperangai kebudak-budakan. Tahniah isterinya sekolahkan suaminya melalui polis. Tak terkata baca artikel ini.
Dah suami org pun umo 22
Quote salmon-suki 20-11-2019 06:58 PM
Y ni lawak,ko dah nak lari drpd rumah,cut the ties laa drpd mak pak tiri tu terus..ni tak,y pmpuannya mtk duit belanja,y jantan pun mtk duit drpd bini..spesis bewak ni jantan..
Quote Madel 20-11-2019 07:00 PM
2 2 bodo
Yg betina, dah tentu2 dah kena toron, esok2 bunting beranak cmpak anak dlm longkang
Yg jantan, puas sekejap dpt pancut 2mnt
.,esok2 mereput dlm lokap kes rogol bawah umur.
Quote pinksarah 20-11-2019 07:04 PM
leeya.ellow replied at 20-11-2019 09:49 AM
kenapa ditulis suspek takda anak,dah anak 2 org pon..my doter's friend, wife diaa...

Really?

Mcm mana lah suami kwn anak u boleh terjebak dgn budak bwh umur ni..

Adui..

Klu kt luar negara dah auto charge rape walaupon both suka sama suka..

Sbb melibatkan underage
Quote pinksarah 20-11-2019 07:05 PM
salmon-suki replied at 20-11-2019 10:58 AM
Y ni lawak,ko dah nak lari drpd rumah,cut the ties laa drpd mak pak tiri tu terus..ni tak,y pmpuanny ...

Yg i baca..

Si jantan tu yg called mak gf dia minta bank in duit utk belanja dorang berdua..

From there the mother called his wife..and the wife reported to police and traced them both..
Quote clarizsa 20-11-2019 07:06 PM
Gatai bijik merenyam
Meluat
Quote sukacactus 20-11-2019 07:11 PM
Br 14, sama ank pompuan aku
Nak ber bf pun cari la yg berjenis skit
Ni sengkek last2 mintak duit kat mak
Quote Laceyx 20-11-2019 07:29 PM
Haha bongok nak lari pastu mintak duit belanja. What a loserrr
Quote alinone78 20-11-2019 07:31 PM
Dah la larikan anak orang, ko minta pula duit belanja dari bakal mak mertua
bengong

Quote lasagnaklcc 20-11-2019 07:35 PM
Birahnya ko dik. Dgn laki sengkek plak tu.
Quote salmon-suki 20-11-2019 07:35 PM
pinksarah replied at 20-11-2019 07:05 PM
Yg i baca..

Si jantan tu yg called mak gf dia minta bank in duit utk belanja dorang berdua..

OH ek?hahaha..aiolzs is blur..nmpknye kne baca lagi skali laa ni..apooooo
Quote Jagendas 20-11-2019 08:07 PM
abang dulu umur 14 baru pandai curi curi tengok katalog Avon ..tu pun tengok kt mukasurat hujung2
Quote makita 20-11-2019 08:20 PM
Jagendas replied at 20-11-2019 08:07 PM
abang dulu umur 14 baru pandai curi curi tengok katalog Avon ..tu pun tengok kt mukasurat hujung2

Hahaha katalog avon mukasurat ujung tu meols bagi adik lelaki umo 4 thun biar dia diam tak kacau meols buat keje sekolah. Bila da tua ni ngeri lak bila pikir. Ye la zaman tu xde tab.
Quote any42 20-11-2019 08:22 PM
bodohnya ko dik nk lari ngn bf yg sma sengkek siap mntak duit dr mak ko n bni. yg bf dah jd suami org ko dah knapa nk bwk lari ank org bwh umo ni. bni kt rumah jd mesin atm je ke. eii xleh brain lah !!!

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.098984 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top