Kita sering membaca stereotaip yang dikaitkan dengan wanita berasal daripada sesebuah negeri. Ada yang negatif, ada juga positifnya. Bagaimanapun ulasan seorang mahasiswa UKM yang dimuatnaik di Facebook UKM Confession baru-baru ini menjadi viral dengan hampir 200 perkongsian berikutan kenyataan pedasnya mengenai gadis-gadis berasal dari seluruh negeri di Malaysia. Mendakwa sudah pernah bercinta dengan awek-awek seluruh Malaysia, jejaka tersebut antara lain memberikan ulasan mengenai gadis Kelantan (pengotor), Terengganu (kaki santau), Utara (kuat membebel), Selangor/KL (tak pandai masak), Pahang (terkinja-kinja), Sabah (dress terlebih), Sarawak (kaki curang), Johor (mata duitan), Perak (curang jugak), Melaka dan Negeri Sembilan (panas baran).
Netizen yang membaca confession lelaki tersebut memberikan respon yang berbelah bagi. Ramai yang mempersoalkan kewajaran lelaki itu membuat kenyataan sebegitu. 'Mmg seronok main stereotypes kan org eh' 'Kalau dah semua pompuan satu Malaysia ko couple mintak putus dgn ko, u must be the one with the problems' 'Awk ni mesti ambk kos Relationship Management and Analysis ni' 'Wow semua negeri kau bagi generalize. Some parts ada yg saya setuju. Btw, ia perbandingan yg menarik. Cuma nk tanya soalan sikit bang. X penat ke sial bercinta byk kali pastu nk kena move on pulak setiap satunya? Goodluck bang. Kalau telur yg dlm seluar dh tukar tmpt melekat kt dahi tu paham2 jelah ye' Tidak kurang, ramai gadis-gadis dari negeri berkenaan yang tersentap dan tidak bersetuju dengan pemerhatiannya. 'Amboiii..sedap nya kata org kl...aku ni lahir di hkl..sekolah di kl..stay pun kl..pendek kata asal usul mmg ori KL lah..tapi aku masak tip top tau...satu penghinan klu kau kat kat awekk kl ni ...x baik tau...dosa kata kat org..' kata seorang gadis KL. 'Pedooh ngat aok neyh ngate ke kome org phg giteh...poh palih laaa mulut aok cakak gitu..' tambah awek Pahang pula 'Siot dia mengataaa Aku mane dia tahu Aku suka gelakkk tup tup Ada pakwe lain siot lahhh'kata seorang gadis lain. Bagaimanapun, ada juga netizen yang bersetuju dengan pendapat itu dan berkata pemerhatian ini memberikan manfaat bagi mereka. 'Part KL/Selangor makan luar tu betul. Beli ingredients utk masak lagi mahal dari makan kt luar. Cume ade 2 jenis, yg bnyk duit jenis nak makan sedap je tiap2 hari. Xde duit, mamak pon jadi' 'brooo , lu win bro, berdekah aku gelak baca confession kau ni. hahaha kalau tak betul, jgn lah menggelabah' 'ini lah perkongsian paling bermanfaat dalam page ni sejak aku masuk ukm. thank you bro' kata seorang lelaki. Persoalannya, sejauh mana stereotaip yang dinyatakan di atas itu benar mengikut pemerhatian dan pengalaman anda? - CARI
|
Kurex replied at 21-11-2019 12:36 PM
ntah2 yg jantan tu bewak... tak bewak pedo..
pokaibanktokyo replied at 21-11-2019 01:03 PM
Siapa la layan. Aritu ada sekor awek muka level kedai mamak saja seronok jumpa pengemis bangsa kulit ...
ADVERTISEMENT