CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kereta Terbang - Sembang Atau Realiti?

25-11-2019 09:54 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 5327| Komen: 32|Original author: Oleh: natrahn

Tahukah anda, penciptaan kereta terbang bukan satu perkara baharu.

Terdahulu, adik-beradik Wright telah mencipta kapal terbang dan berjaya mendaratkannya di dataran Kitty Hawk, New York pada 1903.



Kredit Foto - Google

Kini, negara maju seperti Jerman, Rusia dan China dikatakan telah menghabiskan sejumlah dana yang cukup besar untuk merealisasikan teknologi kereta terbang. 

Justeru, bukan menjadi idea gila apabila kereta terbang mahu diwujudkan di Malaysia.

Baru-baru ini, negara membuka satu lembaran sejarah baharu apabila Aerodyne Group memperkenalkan prototaip Vector yang tidak mustahil satu hari nanti menjadi sistem pengangkutan udara nasional.

Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd Azzat berkata, Vector berupa kenderaan berkonsep dron.


Ujarnya, Vector direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo dan pengawasan dan ia bukannya sebuah kereta terbang.



Adakah kereta terbang yang diuar-uarkan benar menepati konsep kereta terbang atau sekadar dron yang digembar-gemburkan?

Masih ada yang keliru dan tertanya-tanya apa sebenarnya akan diperkenalkan oleh kerajaan- kereta terbang atau dron?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan bahawa kereta terbang diuar-uarkan adalah sejenis dron dan memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).


Kredit Foto - Sinar Harian

Walaupun menerima pelbagai maklum balas negatif masyarakat, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof membuktikan ia mampu direalisasikan.


Kredit Foto - Sinar Harian

Kementerian Pembangunan Usahawan menjelaskan bahawa kereta terbang atau Super Drone sudahpun ditinjau menterinya di Subang dan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bercadang melakukan ujian memandu dan menaiki ‘kereta terbang’ di Subang.

Namun, pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) tidak meluluskan ujian penerbangan UAS E-Hang 216 (EH216) atau ‘kereta terbang’ yang telah dijadualkan seperti dilaporkan Harian Metro.



Ini kerana  menurut CAAM, lokasi percubaan penerbangan di Hangar UNIKL MIAT Subang adalah kurang 200 meter dari laluan trafik pesawat dan helikopter komersial.

Ia juga berada dalam kawasan Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pemantauan ketat Kawalan Trafik Udara.

Malah, rupa-rupanya demonstrasi penerbangan yang membabitkan EH216 sebelum ini adalah sesi penerbangan haram kerana tidak mendapat kelulusan CAAM.


Kredit Foto - Sinar Harian

Untuk rekod, Super dron atau ‘Kereta terbang’ yang bakal diuji dan dinaiki Menteri Pembangunan Usahawan ini, adalah ciptaan bersama syarikat tempatan dan China.

Dikenali sebagai Super Dron, ia menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan bakal menjadi revolusi pengangkutan udara pertama di dunia.


Kredit foto: Berita Harian

Super Dron itu dihasilkan menerusi usaha sama EastCap Bhd dengan dua syarikat dari China iaitu EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited.

Terkini, kenderaan super dron atau ‘kereta terbang’ UAS E-Hang 216 (EH216) dijangka melakukan penerbangan pertamanya di negara Maldives tidak lama lagi selepas gagal dipandu uji di Subang pada Khamis (211119) lalu.


Kredit Foto - Sinar Harian

Siapa sangka idea kereta terbang yang menjadi bahan jenaka pada masa kini berkemungkinan merupakan sesuatu yang penting pada masa depan.

Walau apapun cabarannya, menteri perlu mengambil positif dengan setiap cabaran dan kritikan kerana ia adalah asam garam untuk berjaya dan menutup mulut pengkritik. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 25-11-2019 09:59 AM
dron tu dron la kereta terbang apanya
dah byk kali org sbut company aerodyne tu.. nak gak mkn komisen company china khennn.. tak jual negara plak..  ptuuii si menteri bodoh ph
Quote kasibiman 25-11-2019 10:32 AM
Theres a reason why jetpacks never took off sbg alat pengangkutan mcm kete.

Pemikiran Saya so will be for drones.
Quote dino 25-11-2019 10:37 AM
kasibiman replied at 25-11-2019 10:32 AM
Theres a reason why jetpacks never took off sbg alat pengangkutan mcm kete.

Pemikiran Saya so wil ...

suppose menteri ni solve problem tp dok create another prob..

tesla dgn kereta terbang pun perlu atleast lg 5 tahun.. tp menteri bebal ni bleh sembang ade kereta terbang kerjasama dgn china.. sdgkn model tu dr 2017.. kerjasama kot celah mana? as dropshipper?
Quote ifanonline 25-11-2019 10:39 AM
kereta terbang perlu berbentuk kereta, ada 4 tayar dan bergerak di atas jln raya...

kalau nak terbang, kena pandu ke landasan jalanraya yg di khaskan dan keluarkan sayap dr kereta...

yg depa dok buat sekarang tu dron...bukan kereta...melayu mudah kena tipu
Quote RatuDunia94 25-11-2019 10:48 AM
Kenapa beriya2 nk sibukkan kereta terbang ni??? Masalahnya malaysia kalau dh capai tahap cm negara jepun, jerman etc xpe gak..
Quote chicozinn 25-11-2019 10:59 AM
srupa helikopter je..muntri bangang sibuk sngat buat krete terbang..klu krete terbang sah2 la boleh terbang n boleh bergerak atas jalan cm keta biasa gak..akal mana akal?sebab tu rakyat da xpercaya PHanceng sebab benda2 bodoh ni la..benda lain yg lagi penting buat dek je
Quote dino 25-11-2019 11:02 AM
ifanonline replied at 25-11-2019 10:39 AM
kereta terbang perlu berbentuk kereta, ada 4 tayar dan bergerak di atas jln raya...

kalau nak ter ...

mahacai je kena tipu haha
Quote dino 25-11-2019 11:05 AM
chicozinn replied at 25-11-2019 10:59 AM
srupa helikopter je..muntri bangang sibuk sngat buat krete terbang..klu krete terbang sah2 la boleh  ...

tu berbuih org ckp klau kereta terbang bleh jln kat highway.. ni guna tayar troli tesco haha

dah la tipu bab kerjasama dgn company china tu.. klau kerjasama akan create model baru guna tech dr sana.. bkn ambik sebiji model yg dah siap... pemimpn ph nak menipu to ingat rakyat tak sekolah ke?
Quote harizs 25-11-2019 11:05 AM
Ini bukan kereta terbang tapi drone beli dari china. Mana dia kencing menteri yg anak Msia yg cipta kereta terbang selama ni?
Quote harizs 25-11-2019 11:10 AM
Tak habis2 nak tunjuk drone bleh terbang.. kalau reka sendiri lain citer.. ni setakat order china.. nak eksen.. kt youtube pn dh berlambak video drone china tu... Apa nak dibanggakan???
piirahh
Quote harizs 25-11-2019 11:13 AM
chicozinn replied at 25-11-2019 10:59 AM
srupa helikopter je..muntri bangang sibuk sngat buat krete terbang..klu krete terbang sah2 la boleh  ...

Macam la menteri PH ni owner super dron tu....malu la beriya2 sgt...super dron tu kan negara china punya...buat malu je menteri ph tu...mcm la da xde kerja lain berlakon mcm drone tu ciptaan dia......kahkahkah....
Quote harizs 25-11-2019 11:16 AM
dino replied at 25-11-2019 11:02 AM
mahacai je kena tipu haha

Persoalannya, kemana pergi peruntukan rm20juta utk membangunkan kereta terbang malaysia tu? Jika menteri hanya order drone china yg sudah siap. Dah mcm beli barang china kat lazada lepas tu claim ciptaan dia
Quote dino 25-11-2019 11:26 AM
harizs replied at 25-11-2019 11:16 AM
Persoalannya, kemana pergi peruntukan rm20juta utk membangunkan kereta terbang malaysia tu? Jika m ...

la apa peduli.. masuk poket.. msia baru no hal.. yg direct tender 1.4 bilion klaim tlg melayu... pastu lantikan politik org amanah haha

ni la stail khinzir pakatan harapan.. semoga mereput secepat mungkin... bn ambik masa 60 tahun.. korg tak sampai 2 tahun.. hebat nak mampus
Quote cheekylala 25-11-2019 12:55 PM
hahaha..aku vote "sembang"  
Quote amyza82 25-11-2019 01:01 PM
RatuDunia94 replied at 25-11-2019 10:48 AM
Kenapa beriya2 nk sibukkan kereta terbang ni??? Masalahnya malaysia kalau dh capai tahap cm negara j ...

sebab dari dulu kutty fossil tua dah sembang wawasan 2020 ada keta terbang.

si duan ni khadam kutty je.
Quote DAPee 25-11-2019 01:02 PM
[youtube]T_mezyLhvlA[/youtube]

@pyropura @Knights @bangcak
Quote ultra78 25-11-2019 01:11 PM
Kat mana boleh guna kereta terbang ni? Belakang rumah sahaja kah?
Quote dino 25-11-2019 01:46 PM
ultra78 replied at 25-11-2019 01:11 PM
Kat mana boleh guna kereta terbang ni? Belakang rumah sahaja kah?

nak guna kot celah mana.. harga 2juta.. bkn bleh guna lesen kereta pun... haha

bodoh punya menteri
Quote havoqs 25-11-2019 01:53 PM
Idea sampah.. ini untuk R&D universiti ke, politeknik ke, ok lah..
Kalau ye pun nak buat, berapa banyak regulation nak kena amend? Pastu bwh jabatan mana yg nak pantau? Camne dengan facilities? Tak logik la pakcik oii..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.136680 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top