Terdahulu, dua orang instafamous Andika Putera dan Nadira Isaac menjadi viral ekoran video iklan 'ubat kuat lelaki' mereka mendapat kecaman warganet kerana kandungan video itu dilihat kurang sopan dan lucah. Mereka berdua telahpun memberi penjelasan bahawa mereka hanya berlakon mengikut skrip yang diberikan berdasarkan bayaran lumayan yang diterima kerana video tersebut mengundang kecaman warganet. Namun begitu, warganet masih menghentam mereka di media sosi@l. Oleh itu, mereka berdua akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka.
Menurut Andika yang juga duta kepada produk tersebut dan Nadira, mereka mengakui kesilapan dan cuba memperbaiki diri untuk jadi lebih baik, dan menerima kecaman tersebut dengan hati terbuka. "Saya baca semua komen di semua media sosial, dan saya juga ada reply banyak komen di ig saya atas teguran dan kecaman oleh netizen. "Saya reply dan video ini untuk semua netizen yang saya tak sempat nk reply satu satu. "Harap semua boleh maafkan saya dan @nadiraisaac," katanya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan padahlah badan. Semoga mereka berdua lebih berhati-hati di masa akan datang. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|