Sekejap sahaja masa berlalu, rupa-rupanya perkahwinan pelakon Shukri Yahaya dan Tya Adnan sudah menjangkau usia empat tahun setelah mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Justeru, Shukri Yahaya telah mendedikasikan ucapan khas buat isterinya, Tya Adnan di laman Instagramnnya sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Dalam ucapannya itu, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri bin Yahaya turut memberi petunjuk kepada isterinya mengenai hasratnya untuk memiliki cahaya mata kedua.
Nampaknya ulang tahun perkahwinan mereka kali ini menjadi lebih bermakna apabila Tya memberikan kejutan kepada suaminya berupa hadiah yang pada mulanya disangka sebuah permainan video, namun setelah dibuka oleh Shukri ianya tertera sebuah lagi kotak bungkusan sebuah jenama telefon bimbit terkenal. "Alamak! Apa 23 ni? Eh???pregnant??? la..Alhamdulillah," ujar Shukri yang teruja.
Video kejutan itu dikongsikan oleh Tya Adnan di laman Instagramnya lantas pasangan itu dihujani ucapan tahniah oleh rakan-rakan artis dan peminat yang mendoakan agar kandungan Tya akan sihat sehingga dilahirkan. Terdahulu, Tya Adnan pernah mengalami keguguran April lalu sekaligus menghancurkan impiannya untuk menimang cahaya mata kedua selepas kelahiran anak sulungnnya Aira Ameena. Shukri yang redha atas ketiadaan rezekinya untuk menimang cahaya mata kedua waktu itu mengharapkan anak lelaki sekiranya dikurniakan zuriat lagi di masa hadapan. Semoga impian Shukri menimang cahaya mata lelaki terlaksana kali ini. Tahniah diucapkan kepada Shukri Yahaya dan pasangan. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|