Vivy Yusof memang sinonim dengan gaya hijab terkini. Usahawan wanita itu berjaya mencipta fenomena dengan rekaan tudung jenama dUCK yang menjadi kegilaan ramai wanita di Malaysia. Kiranya siapa ada tudung dUCK, mesti orang tenung punya!
Sentiasa kreatif dalam mencipta gaya fesyen tudung moden, Vivy tampil dengan koleksi baru apabila dia mengumumkan koleksi kolaborasi dUCK dengan Frozen bersempena tayangan kedua filem animasi tersebut. Sebaik sahaja diumumkan kolaborasi istimewa ini, maka ramailah yang menerjah laman web dUCK untuk mendapatkan koleksi tersebut. Tapi, nampaknya seperti ramai yang kecewa dengan rekaan yang dikeluarkan. Menurut individu di Twitter ini, tiada apa yang unik dan istimewa tentang design Frozen ini. Bahkan ia kelihatan seperti tudung yang dijual di pasar malam dengan batu bertaburan sebagai hiasan. Rata-rata netizen juga bersetuju dengan pendapat individu tersebut. Pada mereka, koleksi ini kelihatan hambar dan tidak menarik langsung. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
ADVERTISEMENT