CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juara Tinju Maut Dirempuh Tren Gara-gara Main Telefon, Pakai 'Headphone'

22-11-2019 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3998| Komen: 7

Padah bermain telefon pintar dan memakai fon kepala, juara tinju wanita maut dirempuh kereta api ketika menyeberang landasan.


Kredit foto: The Sun


The Sun melaporkan, dalam kejadian 14 November lalu, Amina Bulakh, 18, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tarasivka, Ukraine.

Gadis itu dikatakan tidak melihat atau mendengar kehadiran kereta api yang datang dari arah Kyiv menuju ke bandar Fastiv kerana memakai fon kepala dan bermain telefon.

Menurut polis, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari sebuah farmasi dan dia tidak menyedari kehadiran kereta api itu hingga saat akhir.


Kredit foto: The Sun


Kata saksi di lokasi kejadian, mangsa cuba mengelak daripada dirempuh, namun tidak sempat.

Pada September lalu, petinju itu meraih pingat gangsa di Kejohanan Tinju Amatur Eropah di Bulgaria. 


Kredit foto: The Sun

Difahamkan, siasatan kematian sedang dijalankan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 22-11-2019 12:10 PM
Kesian nye dekk dahla cantik juara tinju plak...rip
Quote Boomibulat 22-11-2019 02:04 PM
Knp gmbr atas tu penumbuk kanan dia besar sgt..ape2 pun diri ini rela ditumbuk dik Amina tanpa sbb..tp syg xsempat..tuhan lbh menyayangi dirimu..
Quote NekNgah 22-11-2019 02:28 PM
Lesson learned guys.  Peka dengan persekitaran.
Quote EncikRhoma 22-11-2019 03:26 PM
mentang2 ummah kokesen, komen pun yg murni2 je...siap rest in peace. Kalau ummah malaysian hidung pesek, kulit gelap mesti dah kena cash
Quote cairel_azlie 23-11-2019 08:31 AM
rugi rugi....
Quote bonggo 24-11-2019 12:17 PM
Sama la yg lintas jalan samb2 main hp.  Tu kalau kn langgar slh orang je la tu
Quote any42 20-2-2020 07:29 PM
tringat iklan telefon pintar mmg pintar, tp pintarkah anda??   
kesiannya sedar2 pap dah kna langgar. rip.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044462 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top