CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dari Tahun 2000, Aku Jadi Yatim Piatu Sebab Driver Mabuk Langgar Mak Ayah Aku.."

22-11-2019 03:14 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6998| Komen: 25|Original author: Shimmer Shine



Kisah kemalangan jiwa akibat pemandu mabuk seakan sebati di Malaysia. Selagi tiada penguatkuasaan yang tegas dari kerajaan, selagi itu lah tragedi ini akan terus berlaku.

Adalah memalukan apabila negara seperti Taiwan dan lain-lain telah mencadangkan hukuman mati kepada penjenayah ini, bagaimana dengan Malaysia?

Twitter

Pemuda ini berkongsi kesedihannya menjadi yatim piatu pada usianya 2 tahun. Semuanya angkara pemandu mabuk menyebabkan ibu dan bapanya meninggal dunia sementara nenek dan datuknya patah tangan dan kaki.


Twitter

Syamim Ruhaidi yang kini berusia 21 tahun menceritakan tragedi itu berlaku pada tahun 2000. Lantaran itu, dia tidak menyangka sehingga tahun 2019 ini, tiada tindakan tegas dikenakan kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan orang lain tidak bersalah terbunuh.

Perkongsiannya mendapat 46,000 kicauan kerana kehilangan orang yang paling dikasihi dalam usia yang tidak tahu apa-apa.


Namun dia yang turut berada di dalam kereta tersebut terselamat kemudiannya dibela oleh neneknya hingga usia 18 tahun (neneknya meninggal).

Setelah sebatang kara, Syamim tidak menyambung belajar kerana tiada siapa yang akan meraikannya. Jadi, dia mengambil upah fotografi sebagai pekerjaan.

Twitter

Nasihatnya supaya menghargai ibu bapa ketika masih hidup meruntun ramai hati warganet lain yang rata-rata masih mempunyai ibu bapa.


Twitter
Fb

Begitulah, itu kisah anak yatim piatu yang berhadapan cabaran tanpa 'syurga' mereka. Masih ramai lagi kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa di usia bayi sekalipun. 

Berapa ramai lagi yang kehilangan anak, saudara mara kerana pemandu mabuk ini? Bila kerajaan mahu bertegas dengan orang tak reti bahasa ni? - CARI 



1

Bagus
9

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 22-11-2019 03:31 PM
muntri2 malaysia sayangkan pemandu careless berbanding mangsa..tak gittuhhh???
Quote manzilla 22-11-2019 03:33 PM
Adakah kerajaan tidak berani bertegas dengan golongan ini kerana ia biasanya melibatkan "kaum emas" negara? Adakah kerajaan sedang sibuk dengan isu "carseat" kerana melibat kaum majoriti? Yang lebih menguntungkan negara jika samannya berjaya dikutip setiap hari?
Quote Kurex 22-11-2019 03:36 PM
tapi twitter ni dah ada dekat fb hari tu.....
Quote msdummy.2018 22-11-2019 03:39 PM
boleh tambah...yg memandu secara berbahaya mcm kes myvie kul 1pg tuh apa cerrrr?
Quote mokcikcctv 22-11-2019 03:52 PM
sepupu aku dirempuh dpd belakang dengan trailer, driver india tu mabuk kakak meninggal sorg lagik adik die koma 2 bulan sedar2 die x tahu kakak die meninggal. Lama bru die tahu ssah die nk trima, tpi sbb eksiden tu kesan die sampai sekarang
Quote KIM.K 22-11-2019 03:56 PM
Sedih sangat semoga adik murah rezeki sentiasa
Quote haryatie 22-11-2019 04:04 PM

semoga dimurahkan rezeki dn dipermudahkan segala urusan
Quote johan-adx 22-11-2019 04:12 PM
patut pemabuk tu kena byr duit belanja tiap2 bulan kt budak ni smp umo dia 21 tanpa prejudis..br padan muka
Quote nuryakmal 22-11-2019 04:30 PM
johan-adx replied at 22-11-2019 04:12 PM
patut pemabuk tu kena byr duit belanja tiap2 bulan kt budak ni smp umo dia 21 tanpa prejudis..br pad ...

orang ramai tak tau sebenarnya boleh buat civil suit againts si pemabuk tolol ni.

law provides di sec 7(3) of the Civil Law Act yang provides the avenue utk dependent claim for such negligent act. contoh tiap bulan si mati sumbang RM500 per month. the court will decide the quantum based on what supposedly the dependent should received if si mati masih lagi hidup. tapi ada syarat2 yang perlu dipatuhi
1) si mati tak kurang umur 55 years old dari tarikh mati
2) si mati dalam keadaan sihat sebelum kematian
3) si mati adalah pemyumbang dalam household i.e. bekerja atau membuat apa2 aktiviti yang sah disisi undang2 yang menyumbang kepada keawangan

hope public aware . may the law be with you
Quote johan-adx 22-11-2019 04:40 PM
nuryakmal replied at 22-11-2019 04:30 PM
orang ramai tak tau sebenarnya boleh buat civil suit againts si pemabuk tolol ni.

law provides  ...

kdg kesian tgk ada sesetengah kes..pencari rezeki utama keluarga dilanggar lari..
eksiden dgn pemabuk..lepas tu 1 fmly hilang mata pencarian..yg langgar rilex jer kt luar..hbs kuat kena lokap
yg keluarga mngsa terus merempat dan kesempitan
Quote merrissa 22-11-2019 04:50 PM
menyampah giler tgk gambr india tu....dgn araknya...siap main hp...cara berdiri....

kalo dadah kene hukum bunuh

tp pandu mabuk dan membunuh tak kene....konon sebab membunuh dgn x sengaja...ceit!
Quote Cari-Azza 22-11-2019 05:07 PM
nuryakmal replied at 22-11-2019 04:30 PM
orang ramai tak tau sebenarnya boleh buat civil suit againts si pemabuk tolol ni.

law provides  ...

Ramai yang tak tahu. Benda macam ni kena war-warkan hak keluarga simati. Tq berkongsi
Quote giyomi 22-11-2019 06:02 PM
kita pon patut kenakan hukuman mati kat drunk driver ni semua, tp tu lar, klu yg drunkard tu somebody, sure lepas
Quote TOPwind 22-11-2019 06:32 PM
selagi ramai lawyer2 adalah keling selagi tulah tiada  hukuman berat.

Quote faint_heart 22-11-2019 06:46 PM
Byk sebenarnya politicians boleh buat untuk tolong rakyat tp yg diaorg tau bdrpolitik politik tu je la .. menjerit2 kt parlimen .. nasib rakyat sudahnya ke mana .. itula malaysia
Quote teen_angelJB 22-11-2019 07:48 PM
Susah nk ckp..
Bnda remeh dibesarkn...kasut itam la,carseat wajib utk anak la..bla..bla..bla..

Bnda yg ptt diperjuangkn silent..
Tgu kptsn parliment..

Again....waklu la
Quote LuvAurora 22-11-2019 08:11 PM
Kadang2 takut kita dah bawak elok2 tetiba yg perangai mcm nilah yg menyusahkan orang..
Quote awanearisu 22-11-2019 08:32 PM
Harap suara beliau didengari. Jujur masalah kematian akibat pemandu mabuk ini penyelesaian semudah penguatkuasaan. Malangnya..

Kita dulu rajin juga tonton kisah polis luar negara tahan kereta pemandu mabuk ini. Padan muka disuruh tinggalkan kereta dan balik jalan kaki / telefon teksi. Ada juga yang diangkut ke balai terus.

Pemandu mabuk sila salahkan diri sendiri jika dilayan sebagai penjenayah merbahaya. Kerana pemanduan anda berisiko tinggi untuk menyebabkan kematian kepada orang lain.
Quote bungarose 22-11-2019 08:55 PM
Hukum pemandu mabuk sama macam hukum membunuh dengan niat

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045993 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top