Indonesia menuntut Malaysia meminta maaf atas insiden beberapa rakyatnya yang didakwa dipukul penyokong Malaysia di luar Stadium Nasional Bukit Jalil selepas pertembungan antara Harimau Malaya dan Garuda pada 19 November lalu. Tuntutan itu dibuat secara rasmi menerusi nota bantahan bertarikh 22 November 2019 daripada Kementerian Pemuda dan Olahraga Indonesia (Kemenpora) kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Kemenpora menyatakan kekesalan terhadap insiden tersebut dan mahu pihak berkuasa Malaysia menghukum individu yang terlibat. "Kami atas nama pemerintah dan seluruh masyarakat Indonesia menyampaikan kekecewaan yang sangat mendalam dan mengutuk keras atas terjadinya insiden tersebut," kata Kemenpora.
Mereka turut menggesa KBS membuat permohonan maaf dengan segera bagi meredakan situasi panas yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara dua negara ini. Kemenpora menyatakan, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia telah mengemukakan permohonan maaf dalam masa tidak sampai 24 jam selepas insiden kekecohan antara penyokong Harimau Malaya dan Garuda berlaku di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September lalu. "Iktikad baik permohonan maaf ini pernah dilakukan oleh (bekas) Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin pada tanggal 20 Ogos 2017 langsung kepada Menteri Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia saat berlangsung SEA Games 2017 di Kuala Lumpur akibat insiden bendera yang terbalik," jelas Kemenpora. Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah meminta maaf atas kejadian tersebut melalui Twitter miliknya pada 23 November lalu serta memberi jaminan bahawa mereka yang terlibat dalam insiden itu akan didakwa di mahkamah. Namun, polis telah mengesahkan bahawa insiden yang dirakamkan dalam video tersebut tidak berlaku di Bukit Jalil dan dipercayai sengaja ditularkan untuk menjejaskan reputasi Malaysia dan hubungan baik dengan Indonesia. Tidak pasti pula sama ada Indonesia telah memohon maaf atas keganasan yang dilakukan penyokongnya dengan membaling suar dan merosakkan kerusi stadium dalam pertembungan pusingan prakelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berkesudahan dengan Harimau Malaya membaham Garuda 2-0. -CARI
|
Potato_kering: Alahai. Bila menteri muda sgt, cepat2 minta maaf. Padahal takde kena mengena. Goblok tak dibuat2
RatuDunia94 replied at 25-11-2019 10:59 AM
Malaysia - Indon mmg x kan pernah bebaik kan
helhoz replied at 25-11-2019 11:02 AM
akan nanti bile maley dan indon berpadu jadi negare khilafiyah
ADVERTISEMENT