|
Lagi cubaan bunuh diri, kali ini berlaku di Danau Kota di Kuala Lumpur, malam tadi. Harian Metro melaporkan, dalam kejadian itu, seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 25 sebuah apartment dipercayai akibat putus cinta.
Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 11.50 malam, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak dan Wangsa Maju dikerahkan ke lokasi. “Sebaik sampai, seorang lelaki cuba membunuh diri. “Anggota bomba kemudian memujuknya sebelum dia diselamatkan daripada terjun,” kata Jurucakap Bomba dan Penyelamat. Tambahnya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit cuba bunuh diri akibat putus cinta. - CARI
|
Boomibulat replied at 25-11-2019 11:36 AM
PV brape ni..

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.826850 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.