CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kurang Ajar!"- Rita Rudaini Bengang Anak Dibuli Di Sekolah, Sampai Seluar Pun Dilondeh

25-11-2019 12:34 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 27399| Komen: 215|Original author: Oleh: Saiful

Kesian Airit Rayyan Rizqin, trauma selepas menjadi mangsa buli rakan sekelasnya di sekolah.

Rita Rudaini kata anak sulungnya itu takut untuk ke sekolah dan memintanya untuk ditukar sekolah.



"Saya difahamkan bukan Rayyan seorang saja, tapi ada rakannya yang lain turut menjadi mangsa. Bagaimanapun, mereka melawan. Berbeza dengan Rayyan yang hanya diam dan tidak melawan. Mungkin kerana dia ingat pesan saya.

"Bagaimanapun, apabila Rayyan diam kanak-kanak itu ambil kesempatan pula. Bagi saya, tindakan melondehkan seluar Rayyan di kawasan terbuka adalah satu pembulian dan ia sangat kurang ajar.

"Ditambah pula ketika itu waktu rehat dan ramai murid lain. Memang semua nampak menyebabkan Rayyan malu dan menangis,"katanya kepada Harian Metro.


Tambah Rita lagi dia sudah membuat aduan kepada pengetua sekolah dan masih menungggu tindakan selanjutnya.

"Saya geram ibu bapa murid itu buat tak tahu saja. Selepas saya muat naik di Instagram semalam, baru mereka menghantar mesej kepada saya. Saya cakap selesaikan dengan pihak sekolah.

"Mereka tak tahu kesan perbuatan anak mereka terhadap anak saya. Rayyan menjadi trauma, tak nak ke sekolah malah siap minta tukar sekolah.

"Saya cakap, ini bukan salah sekolah. Tapi atas didikan ibu bapa di rumah. Saya tak mahu ada mangsa lain yang akan kena lebih teruk lagi," tambahnya.

Kurang Ajar!- Rita Rudaini Bengang Anak Dibuli Di Sekolah, Sampai Seluar Pun Dilondeh
Foto: IG
Jaga-jagalah siapa yang buli Rayyan. Mommy dia dah datang! -CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missayeen 25-11-2019 12:39 PM
Pantang betoi aku kalau kes buli di sekolah. Memang la student ramai kat sekolah tapi yang membuli tu bukan semua. Sebilangan kecil ja, guru guru kena buat every month ada 1 slot for "stand up against bully" during assembly so that anak anak tahu mana channel nak salurkan info for bullies ni
Quote Buritan 25-11-2019 12:49 PM
Budak pwmbuli ni mmg celaka.. mak pak takutla tu
Quote aemon 25-11-2019 12:50 PM
aku dah membayangkan mulut cik rita cotcet cerca budak tu nnt.panas punggung si pembuli tu nnt...
Quote epal21 25-11-2019 12:50 PM
Sampai londeh seluar tu over lah. Sekolah mahal pun ada kes macam ni ke? Teruknya. Principal tak panggil parents ke? Iols dulu pernah cuba dibuli masa primary tapi iols cakar balik pembuli tu. Dia buli & curi pensel warna iols. Sudahnya mak iols pulak yg kena panggil sebab parents lagi satu tu buat complaint iols cakar anak dia. Iols pun defend lah diri iols. Padan muka!
Quote ais_kosong 25-11-2019 12:53 PM
missayeen replied at 25-11-2019 12:39 PM
Pantang betoi aku kalau kes buli di sekolah. Memang la student ramai kat sekolah tapi yang membuli t ...

Betui..
kadang mak bapa si pembuli boleh ketawa dengan alasan budak2 xpe la bergurau kasar
kesian kat mangsa tu. trauma bagai.
Quote miss_strangers 25-11-2019 12:55 PM
Ni Yang buattkan Aku nak apply jadi cleaner kat sekolah rendah anak Aku nanti! Siapa sape buli anak Aku yg halus n kecik Tu, Aku baling dgn baldi mop!!!
Quote Lavender_Violet 25-11-2019 12:55 PM
Hmm....Ritrud...nak jugak up jaga anak2 sorang2 x ada suami.
Perlu ke everytime nak mentioned benda tu?
Ramai lagi kot single mom kat luar tu...malah lebih susah dari chuols Ritrud
X de la pulak theyols ni meratap tak habis2
Quote sranua 25-11-2019 12:57 PM
Oh my, teringat masa masuk darjah 1, mcm ni lah tak pandai melawan, senyap je, sekali pembuli tu tarik kerusi, terus jatuh terduduk. Takpandai melawan lagi. Balik rumah cerita kt mak aku..'mak aku sound la hang tunggu apa lagi, balas la balik'. Ibarat dapat lesen besar esoknya masuk kelas, senyum je kat pembuli tu, elok dia nak duduk, terus aku tarik kerusi sampai dia jatuh terduduk. Dia nk bangun melawan aku dah standby penumbuk, kalah menang belakang cerita. Sejak hr tu aku tak kena buli lagi.
Quote CatMiow 25-11-2019 12:58 PM
miss_strangers replied at 25-11-2019 12:55 PM
Ni Yang buattkan Aku nak apply jadi cleaner kat sekolah rendah anak Aku nanti! Siapa sape buli anak  ...

Terbayang kat kepala,  Habis penuh satu sekolah ngan mak2 budak
Quote asmara_me 25-11-2019 12:58 PM
aku ingat sekolah swasta free from kejadian buli ni, be tough rayyan, rayyan strong boy kan. ambil je tindakan sis.
Quote anony-mous 25-11-2019 01:02 PM
I sgt hrap rita reveal mak pak bdk tu. sama bangang ank n parent
Quote GegarVaganja 25-11-2019 01:04 PM
Dia ni kalau keluar cerita mesti benda negatif.
Sedeh hidup kau Rita oi.
Harap keluarga ex-hubby aman damai.

Quote miss_strangers 25-11-2019 01:10 PM
Ritrud tolong Saman pembuli anak ko Tu sampai tinggal spender k
Quote miss_strangers 25-11-2019 01:10 PM
Ritrud tolong Saman pembuli anak ko Tu sampai tinggal spender k
Quote miss_strangers 25-11-2019 01:12 PM
CatMiow replied at 25-11-2019 12:58 PM
Terbayang kat kepala,  Habis penuh satu sekolah ngan mak2 budak

Tapi betul tau..iols sejak zaman sekolah perati je budak2 yg mak dia Ada kerja kat sekolah Tu...xkisah la kerani ke makcik kantin ke apatah lagi cikgu...mmg susah nak kena buli..sbb cam pembuli ni Ada Rasa takut gak sbb tau parents diorang Ada kerja kat sekolah tu
Quote akmalrahman 25-11-2019 01:12 PM
sranua replied at 25-11-2019 12:57 PM
Oh my, teringat masa masuk darjah 1, mcm ni lah tak pandai melawan, senyap je, sekali pembuli tu tar ...

Mak bangga dengan kao nakkk
Quote epal21 25-11-2019 01:22 PM
sranua replied at 25-11-2019 04:57 AM
Oh my, teringat masa masuk darjah 1, mcm ni lah tak pandai melawan, senyap je, sekali pembuli tu tar ...

Samalah. Iols pun masa darjah satu mula2 masuk sekolah ada budak laki buli iols. Lepas tu dia nak duduk,iols tarik kerusi dia. Dia jatuh terduduk then nangis. Iols pulak yg risau pastu. Mak iols dah pesan awal2 nak mula sekolah kalau ada orang buli,lawan balik.Iols pun sebagai anak solehah, ikutlah. Utk tak ot,teringin pulak nak tahu sapa parents pembuli anak rr. Sebabnya rr kata dia tak takut,orang berpangkat ke apa.
Quote delia3003 25-11-2019 01:23 PM
Kecik2 dah jadi pembuli. Kalau dah sampai londehkan seluar tu tak boleh nak kata bergurau lagi. Part yg ni iols sokong ritarud, bagi pressure sket kat parents budak tu,  kalau kena kat anak sendiri baru tau
Quote doubleA 25-11-2019 01:40 PM
Siannya. Sekolah berbayar pun ada pembuli level pprt. Memang sekolah kena ambil tindakan tegas sebab melibatkan reputasi sekolah juga.

Iols dulu pun parent pesan kalau orang buat kita, balas balik. Jangan diam je. Balas tu bukan bermaksud nak samseng sama, tapi balas sebab nak ajar bagi takut sikit, bukan sesenang boleh buli orang sebab lemah. Memang kena berani

Lihat semua komen(215)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.071372 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top