CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 9 Tahun Dibelasah Bapa Kerana Bekal Untuk Jamuan Sekolah Tak Dijamah

25-11-2019 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12218| Komen: 97

Lelaki tergamak memukul anak perempuannya hanya kerana hidangan yang dimasak untuk jamuan sekolah tidak dijamah.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di Taman Setia Jasa, Temerloh, Kuantan pada petang Jumaat lalu.


Dalam kejadian, suspek yang juga warga Indonesia berang apabila melihat anak bongsunya berusia sembilan tahun membawa pulang hidangan yang tidak dijamah.


Gambar hiasan

“Suspek, 47, dipercayai marah apabila mengetahui makanan itu tidak disentuh murid dan guru menyebabkan dia memaki hamun dan memukul mangsa.

“Pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami kesan lebam pada paha kiri dan bengkak di kepala,” kata Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman.

Difahamkan, kakak mangsa berusia 10 tahun menghubungi ibunya pada 4.30 petang untuk mengadu mengenai kejadian sebelum wanita itu membuat laporan polis.


Kata Mohd Yusri, suspek mendapat hak penjagaan anak berusia antara sembilan hingga 13 tahun sejak bercerai dengan ibu mangsa pada 2015.

Suspek direman hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan berdepan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - CARI 

Bagus
4

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hotmak 25-11-2019 12:50 PM
bawah pengaruh dadah ke bapak budak ni
Quote lemak_masin 25-11-2019 12:53 PM
Kalau dah sayang anak tu bg macam2..
kalau dah tak suka, tak makan bekal pun jene belasah..
Quote miznora 25-11-2019 01:00 PM
Masalahnya anaknya keluarkan kan tak bekalan jamuan tu? Kesian pulakkk.. Aku kalau tak habis jamuan tukar2kan je la dgn kawan lain. Jgn bagi bawak balik yang sama dia bawak dari rumah..
Quote fifie_olin 25-11-2019 01:00 PM
dia yg mereng
sbb bekal x mkn nk diblasah
bingai
Quote selipar_hijau 25-11-2019 01:01 PM
Bekal apa yg dia bagi kt budak tu
Quote Kurex 25-11-2019 01:15 PM
indonnnnnnnnnn caprut
Quote potpetpotpet 25-11-2019 01:24 PM
Aku rasa anak nya terlupa nk keluarkan bekal.
Tak mungkin cikgu biarkan je bekal x berusik.
Si bapak plak dah penat2 masak, tgk2 bekal tak luak, marah sedih kecewa,  tu yg lepas kn ke anak. Apo pening2, sedekah la kt jiran2.
Quote Fly_over 25-11-2019 01:28 PM
Edited by Fly_over at 25-11-2019 01:30 PM

klu potluck dh byk2 mmg tak terusik. sama la ank iols pnya mehon gorg. bwk sosej, nugget laku la.

tp rajin jgk la bapaknya tu siapkan mkanan utk jamuan. salu mak2 pnya kerja ni.
Quote justchu 25-11-2019 01:46 PM
Biasa je kalau potluck tak berusik. Aku bekalkan anak masak simple2, skali ada parents beli mcd utk satu kelas, haruslah budak2 tu makan mcd. Nasib aku masak sikit je pasal dah agak ramai yg bawa makanan best2.

mebe bapaknya duit tak brp nak ada, bersungguh masak skali tak habis....kuciwa membawa padah.
Quote honeybee1802 25-11-2019 01:49 PM
Iols bg anak iols bwk buah jek...tak kose pepg nak bertaekwando kt dapur...iols ngk privste school member iols school yg manage katering...so pd i itu lgk senang nak budget2 tak membazir...
Quote epal21 25-11-2019 01:49 PM
Ntah2 ayahnya bekalkan bihun goreng hodoh aje. Tu yg tak laku tu. Maaf kpd penggemar bihun.
Quote dewi_rina 25-11-2019 01:57 PM
Bodoh punya bapak, pergi mampos pun elok ko nie
Quote dewi_rina 25-11-2019 01:59 PM
Dah tak habis tu bawak balik, ko lah mkn, bagi anak2 ko makan.. Yg ko nak pukul Budak tu kenapa? Ee banyak betul mak bapak mental zaman sekarang ni.. Main pakai belasah je! Nanti ko dah tua anak ko belasah ko baru tahu.. Takpun tinggal tepi jalan.. Time tu baru nak kata anak derhaka la, anak tak kenang budi la bagai
Quote zulka 25-11-2019 02:28 PM
aku sebagai ayah dapat rasa perasaan bapanye, memang aku marah anak aku kaw2 kalau bawa makanan tak berusik ni, cuma tak smpai hati nak belasah je...kita penat2 bangun awal, masak bagai....sudahnya tak dimakan mau tak hangin, tu semua duit dol...
Quote zulka 25-11-2019 02:29 PM
dewi_rina replied at 25-11-2019 01:59 PM
Dah tak habis tu bawak balik, ko lah mkn, bagi anak2 ko makan.. Yg ko nak pukul Budak tu kenapa? Ee  ...

bukan tak habis, tak berusik...baca ke tak baca
Quote dewi_rina 25-11-2019 02:36 PM
zulka replied at 25-11-2019 02:29 PM
bukan tak habis, tak berusik...baca ke tak baca

Baca.. elok lah tu, bukan makan sisa2 orang

Quote zulka 25-11-2019 02:39 PM
dewi_rina replied at 25-11-2019 02:36 PM
Baca.. elok lah tu, bukan makan sisa2 orang

kalau masak kul 6 pagi, kul 7pm baru mkn apa rasa dia eh?
aku berani ckp, dah basi...sebab aku selalu menghadapi situasi mcmni..tapi takdela sampai pukul2, marah dah la
Quote CatMiow 25-11-2019 02:42 PM
dewi_rina replied at 25-11-2019 01:59 PM
Dah tak habis tu bawak balik, ko lah mkn, bagi anak2 ko makan.. Yg ko nak pukul Budak tu kenapa? Ee  ...

Mungkin rasa terkilan kot,  dah penat2 sediakan tak kena jamah.

Ada kemungkinan juga anak dia lupa keluarkan bekal,  ke cikgu tak prihatin ke,

Selalu potluck ni kalau tak habis,  cikgu2 akan tukar2 makanan dengan anak2 murid lain.  Jadi makan tak berusik tu,  tak nampak la sangat,  mak ayah pun tak terkilan.
Quote Trunkk_ZZ 25-11-2019 02:43 PM
Fly_over replied at 25-11-2019 02:28 AM
klu potluck dh byk2 mmg tak terusik. sama la ank iols pnya mehon gorg. bwk sosej, nugget laku la.

...

dah cerai noks, penjagaan atas nama bapa

** perenggan terakhir

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.046786 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top