Umum mengetahui bahawa selebriti popular iaitu Ruhainies dilahirkan dengan pakej yang lengkap. Kulitnya yang halus serta setiap bahagian muka yang elok terletak sentiasa dicemburui oleh semua wanita.
Mesti ramai yang tebak wanita ini menggunakan produk mahal untuk penjagaan wajahnya tetapi dia sendiri tampil dan menafikan dakwaan ini. "Saya tak pakai produk mahal pun untuk menjaga kulit. Pemikiran kebanyakan orang pakai produk mahal baru kulit cantik. "Alhamdulillah, kulit saya tak perlukan produk mahal untuk kekal sihat dan tak bermasalah. Produk saya gunakan pun biasa-biasa saja. Saya peruntukan kurang RM2,000 sebulan untuk keseluruhan penjagaan badan," katanya kepada Harian Metro. Ruhainies juga mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai petua spesifik untuk kekal cantik dan langsing. Tambahnya, dia hanya berenang untuk mengekalkan kesihatan dalaman selain beruntung kerana mempunyai metabolisma tinggi.
"Setiap minggu saya luangkan masa sekali pergi urut dan spa. Selain itu saya berenang untuk kesihatan dalaman. Saya memang tak pergi gimnasium. "Untuk kekal langsing saya tidak ada tip. Saya beruntung sebab metabolisma tinggi. Jadi, kalau makan nasi jam 2 ke 3 pagi pun, saya okay. Saya tak kawal sangat.
Untunglah ada peruntukan RM2,000 setiap bulan untuk penjagaan wajah sahaja! -CARI |
Kurex replied at 26-11-2019 09:21 AM
mahal macam mana tetap senyuman kemut takkan hilang
lasagna replied at 26-11-2019 09:31 AM
nape lah TT rajin nau nau hapdate psal dia ni?
friedfishsoup replied at 26-11-2019 09:37 AM
Semalam si cari sepol yang buka thread, hari ni sarirsa pula yg buka thread kemut. Kesimpulannya w ...
ADVERTISEMENT