Sejak 'car seat' menjadi isu nasional, ramai warganet bertelagah pendapat. Bagi artis yang menyokong kempen ini, mereka diangkat sebagai idola, sementara yang was-was dengan kempen ini dipandang sebaliknya. Anzalna, antara ibu muda yang aktif menyokong saranan kerajaan ini mengalu-alukan semua ibu bapa mematuhinya.
Dengan menunjukkan cara-cara untuk memakai 'car seat', Anzalna turut berkongsi manual kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di lam Instagramnya. Ramai pula yang membandingkan Anzalna dengan artis lain yang tidak mematuhi undang-undang yang akan dikuatkuasakan Januari 2020 ini. Ini kerana mengikut mereka, ada yang kaya dan mampu tetapi tetap tidak mahu membeli 'carseat' dengan pelbagai alasan. Hal ini menimbulkan rasa kurang senang kerana kebanyakan artis yang enggan ini memiliki jumlah pengikut yang ramai. Setelah melayari laman instagram beberapa artis, ada benarnya kerana beberapa artis selamba menempatkan anak mereka di bawah ketinggian 135cm di kerusi biasa. Memandangkan mereka mempunyai ramai pengikut, jadi gaya hidup mereka ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pengikut mereka. Selain isu ini, Anzalna juga dekat di hati pengikutnya yang bergelar ibu dengan memperuntukkan barangan keperluan bayi kepada keluarga kurang berkemampuan secara percuma. Nampaknya Anzalna kini menjadi ibu muda yang menjadi contoh. Seterusnya kita nantikan sahaja 'drama carseat' di tahun 2020 nanti. - CARI |
MentariSenja replied at 26-11-2019 06:21 PM
Cantik sungguh anzalna ni. Educated plak tu. Kaka sokong. I did the same for my boys. Ikut manual. M ...
umbut replied at 26-11-2019 07:47 PM
Ada ke org nak perli pakai carseat pun.. ramai je org pki carseat.. kalau anak ramai keta kecil se ...
MentariSenja: Cantik sungguh anzalna ni. Educated plak tu. Kaka sokong. I did the same for my boys. Ikut manual. Masa baby kecik, mengadap kebelakang dan di seat be ...
umbut replied at 26-11-2019 07:47 PM
Ada ke org nak perli pakai carseat pun.. ramai je org pki carseat.. kalau anak ramai keta kecil se ...
MentariSenja replied at 26-11-2019 06:21 PM
Cantik sungguh anzalna ni. Educated plak tu. Kaka sokong. I did the same for my boys. Ikut manual. M ...
Bergosip replied at 26-11-2019 08:38 PM
Apoooo. Kena perli dengan sedara mara? Mundurnya dorang. Padahal uols prihatin dengan keselamatan ...
MentariSenja replied at 26-11-2019 08:24 PM
Ada...esp bila balik kg raya. Adoi...laki I memang skema. Dia bab2 safety ni memang tak tolak ansu ...
ADVERTISEMENT