CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sukan SEA 2019 Di Filipina Pecah Rekod Sebagai Penganjuran Paling Memalukan

27-11-2019 11:41 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 15680| Komen: 84

Baru beberapa hari selepas berlangsungnya Sukan SEA ke-30 di Filipina, sudah timbul beberapa berita tidak enak untuk didengar daripada negara penganjur itu. 

Pertukaran venue pada saat akhir, fasiliti yang tidak lengkap serta kemudahan sukan yang tidak lengkap merupakan antara kelemahan negara penganjur Filipina pada Sukan SEA edisi kali ini.

Semalam, trending di laman Twitter dengan #SEAGames2019Fail apabila banyak isu yang timbul daripada negara jiran itu. Filipina seakan-akan tidak bersedia langsung untuk kejohanan dwitahunan ini meskipun sudah diketahui mereka bakal dikunjungi lebih kurang 10 000 atlet dan pegawai daripada 10 negara.

Semuanya bermula apabila logo Sukan SEA edisi kali ini yang nampak tidak kreatif dan seolah-olah direka oleh kanak-kanak. Walhal, pada edisi 2005 yang lalu di Filipina, logo Sukan SEA rasmi yang direka oleh negara itu nampak lebih natural dan membawa imej negara mereka sendiri. Namun, logo untuk edisi kali ini hanya menjadi bahan jenaka oleh negara lain yang beranggapan itu hanyalah getah yang disusun.

Bukan itu sahaja, gambar rasmi yang dikeluarkan oleh pihak media Filipina juga nampak tidak jelas dan seperti diambil oleh jurugambar yang tidak professional. Sepatutnya, gambar yang diambil haruslah pada saat penting ataupun aksi yang menarik daripada atlet. Namun, gambar yang diambil kelihatan kabur dan diambil daripada belakang badan atlet itu sendiri.


Tidak cukup dengan itu, tuan rumah juga seperti tidak mengambil kira hal-hal kecil seperti notis dan banner untuk kegunaan atlet dan pegawai negara lain. Pengumuman rasmi untuk acara bola sepak lelaki hanya diumumkan di atas kertas dan ditulis menggunakan pen. 

Banner rasmi untuk menyambut kontinjen negara luar juga kelihatan buruk dan mencacatkan pemandangan.

Media Filipina turut melaporkan bahawa atlet daripada negara mereka sendiri turut dilayan secara tidak profesional apabila makanan yang diberikan hanyalah nasi putih, telur dan sejenis makan tradisi di sana. 

Walhal, atlet sepatutnya diberikan  makanan yang sihat dan cukup khasiatnya. 


Bilik media yang disediakan juga dibuat di tempat yang masih dalam pembinaan dan kelihatan tidak selamat untuk digunakan.


Sebenarnya, banyak lagi isu yang melibatkan Sukan SEA edisi kali ini. Persoalannya, apakah Filipina tidak menggunakan budget yang diberikan ataupun pihak pengurusan yang tidak cekap sehingga banyak perkara yang dilakukan pada saat akhir. Satu perkataan sahaja untuk Sukan SEA edisi kali ini, memalukan! - CARI 

1

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 27-11-2019 11:43 AM
filipina ni ramai gay tau
Quote BicaraHatiku 27-11-2019 11:44 AM
Edited by BicaraHatiku at 27-11-2019 11:46 AM

baca semalam, PRU diaorang bulan 4.. baru budget release tpi apapun ayoooo dah mcm event perlawanan persahabatan antara sekolah2 aje..banner pun x boleh nk print ke apooo pinoy ni...daif sgt ni kan?
Quote nuralisa 27-11-2019 11:47 AM
kita tengok opening dia mcm mana nnt
Quote mis_j_alexanda 27-11-2019 11:50 AM
Negara pinoy ni minat diaorg kat pageant je. kalau sukan ni mmg tolak ke tepi jela
Quote renko 27-11-2019 11:53 AM
putang ina pinoy
Quote Skuau 27-11-2019 11:58 AM
duit abes...pkai banteras penjenayah & militan.
Quote RatuDunia94 27-11-2019 12:00 PM
Sbenarnya ummah pinoy sendiri pon meroyan gak dgn goverment deols.. sbb kat sana byk sgt masalah rasuah.. bukan xde dana utk suka tp mostly kena makan tepi oleh menteri2 deols..

Lg satu yg iols nampak ummah2 pinoy yg profesional lebih suka lari ke luar negara utk cr rezeki & baiki keturunan.. yg tinggal yg hauss2 jah kat pilipin tu.. sbb tu kemiskinan kat sana susah nk dibendung..

Plus mentaliti deols.. kahwin kokesen akan dpt naik darjat.. Philippines PRIDE menang ratu cantik, juara pertandingan nyanyian.. pastu gay2 n pondan2 kat sana bersepah2. Dlm sepuluh lelaki cuma 1-2 je yg betul2 lelaki..

Tp org pilipin ni baik2 la juga.. iols ada kena 2 org pinoy yg kerja kat malaysia. Deols peramah. Sbb tu agaknya kokesen suka ngongkek deols.
Quote umbut 27-11-2019 12:01 PM
Konsep nya ... janji ada

Nasib baik bahasa pinoy x mirip.. kalau x habis dicerca maki oleh indon jongos
Quote bondeh 27-11-2019 12:01 PM
renko: putang ina pinoy

Hahahahaha
Quote ell768 27-11-2019 12:02 PM
elok pulak aku belek gambo ada kusi plastik tu..yg viral bebaru ni drg ltk selotape je kan simen tu..hahahahha
Quote SWORKS27 27-11-2019 12:11 PM
RatuDunia94 replied at 27-11-2019 04:00 AM
Sbenarnya ummah pinoy sendiri pon meroyan gak dgn goverment deols.. sbb kat sana byk sgt masalah ras ...

kita kasi hantar PH pegi sana, settle rasuah
Quote manehnya 27-11-2019 12:12 PM
hahaha, this is pilipina la, what du u expect?

sedihkan, ptt bg sikit suntikan modal kt depa ni, sian sgt..
Quote namr 27-11-2019 12:13 PM
Hoi, ni temanya minimalist, apsal korang kecam
Quote Themilo 27-11-2019 12:27 PM

boleh suruh @Kurex pergi mewakili negara dalam acara catwalk lelaki paling mantap. dijangka mampu meraih pingat emas.
Quote anaktoyol 27-11-2019 12:28 PM
FB_IMG_1574828717933.jpg
katanya ref/player lum dpt hotel tapi dah kena settle game

FB_IMG_1574828699920.jpg
mungkin ambik iktibar kes SNBJ...so tak rugi time lawan indon nnt
Quote watie79 27-11-2019 12:29 PM
umbut replied at 27-11-2019 12:01 PM
Konsep nya ... janji ada

Nasib baik bahasa pinoy x mirip.. kalau x habis dicerca maki oleh indon  ...

hehh...dalam pada tak sama bahasa pon puak sana cerca merata post kat website seagames tuh..sedih tengok mentaliti indon nih
Quote BicaraHatiku 27-11-2019 12:31 PM
namr replied at 27-11-2019 12:13 PM
Hoi, ni temanya minimalist, apsal korang kecam

konsept zuhud....sea games pertama dlm sejarah paling sedihana...  
Quote kucingitam 27-11-2019 12:40 PM
nak ketawa ke nak kesian ke tak tau la...
Quote BeskotCekelat 27-11-2019 12:41 PM
Sea Games 2017 kat Malaysia dulu ramai gak negara2 lain komplen... Pasal penginapan, transport, padang latihan.

Zaman2 gawat ni mana2 negara pun malas nak anjurkan SEA games, buang duit ja.
Tak salah aku mula2 Malaysia pun tolak Sea Games 2017 dulu dengan alasan takde budget..

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.142747 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top