CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

M Nasir Kata Lagu Sekarang Tak Kreatif, Hattan Sedih Lagu Baru Tak Dimainkan

27-11-2019 02:20 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17595| Komen: 94|Original author: Shimmer Shine


“Lagu sekarang terlalu mengejar pendengar sehingga kurang kreatif dan tiada lagi eksperimen” 

Itu kata-kata Sifu Muzik, M Nasir, 62 mengenai trend muzik tanah air masih di takuk lama. Lagu yang hampir sama dimainkan radio setiap hari. Jadi, salah pemuzik atau pendengar?

Twitter

Pelbagai pendapat diutarakan, ada yang menyatakan itu kerana pendengar mahukan lagu sama, tidak mahu keluar zon selesa dan sebagainya. Tapi di mana pendengar lagu kreatif yang lain?


Namun pendapat ini ada menariknya, peranan radio dalam mempopularkan sesebuah lagu sangat penting kerana lagu yang sentiasa diputar akan lebih cepat popular. 


Akan tetapi bagaimana untuk popular jika slot pun tak dapat?

Itulah punca pemuzik makin kurang kreatif dan buat lagu lebih kurang sama sahaja bunyinya. Jika radio tidak memainkan lagu tersebut, tiada siapa yang akan tahu kewujudannya.


Jadi, tiada bayaran, royalti dan sebagainya jika lagu tidak laku. Kesan berantai ini yang menyebabkan corak muzik sama dan tidak kreatif. Patutlah Hattan pun marah!


Lebih parah, ada yang berkata radio akan memainkan lagu jika ada 'duit kopi', betul ke?


Tuduhan ini berat. Walaupun tidak menyebut mana-mana radio, dipercayai ia adalah radio swasta tanah air yang kebanyakannya memainkan lagu sama setiap masa.

Google

Jika senario begini terus berlaku, apakah tindakan yang boleh diambil? Di manakah lagi kita boleh mendengar lagu unik dan berkualiti jika radio sedia ada pun main tarik tali? - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 27-11-2019 02:27 PM
tok sir sndiri bila nk keluar lagu baru
tgk mampu ke idok saing dgn bbnu
radio pun nk ke x main lagu br heols

btw tok sir msh lagi penerima royalti lagu tertinggi di msia kn?









Quote KIM.K 27-11-2019 02:37 PM
Hot sangat M.Nasir dalam PGL
Acik bunian takleh move on
Quote Mfzg89 27-11-2019 02:42 PM
si Malique dah nampak masalah ni dari dulu lagi..tu sbb di merajuk dari industri.. korg yg lagi otai ni baru perasan ke? sedey...    
Quote sapeka 27-11-2019 02:48 PM
Sy menyokong M nasir
Lagu lagu sekarang kurang seninya
Ini pendapat saya

Dari segi lirik yang tiada lenggok bahasa yang indah
Terlalu straight forward macam takde adab
Main langgar je
Bahasa yang kurang puitis
Quote ais_kosong 27-11-2019 03:00 PM
Bila dengar lagu lagu lama meme berseni dan puitis gila even rock kapak
sekarang lagu tak beradab.
Quote Delores 27-11-2019 03:02 PM
I love sifu. tibehh
Quote manehnya 27-11-2019 03:12 PM
ye lah betul kebanyakan mcm tu lah, tp tapi...

cer dengar floor 88 pnya muzik , byk je eksperimennya.. n kreatip jgaklah  
Quote cahaya_almas 27-11-2019 03:21 PM
Lgu apa ya yg panas bebas bosoh tu...i tk pernah dgr lak..haha
Quote cahaya_almas 27-11-2019 03:21 PM
sapeka replied at 27-11-2019 02:48 PM
Sy menyokong M nasir
Lagu lagu sekarang kurang seninya
Ini pendapat saya

N lagu sekarang byk duk ulang2 lirik je sampai sudah....huhu
Quote Ara_roro93 27-11-2019 03:33 PM
Paling menyampah dengar Yirra Fm time Sabtu Malam Minggu , start 12 tengah mlm kalau x silap ... lagu2 rnb bak sampah sarap air kumbahan diputarkan sepanjang masa !

Ntah apo2 , lol x kan lagu2 retis malaysia lansung dah hauk semua ?? Dolu2 ok jee , xde nye semua BBNU tu nak dongar lagu2 low class bak ituh !
Bila ranting pendongar jatuh merudum baru terkelam kelibut menunding jari ado kesalahan dalaman katanya !
Quote AshkieLa 27-11-2019 03:38 PM
sapeka replied at 27-11-2019 02:48 PM
Sy menyokong M nasir
Lagu lagu sekarang kurang seninya
Ini pendapat saya

kan.. lirik nak mati la..
lirik tersorong sorong tak reti malu laa... susunan bahasa tak sedap dan bunyi kasar...
kadang takde penceritaan pun..balun je janji masuk tempo
contoh mcm part korus- pagi yang gelap, kini sudah terang.. aku adikmu dan engkau abang.. ku amat merindui kamu....
Quote julielapadite 27-11-2019 04:07 PM
sapeka: Sy menyokong M nasirLagu lagu sekarang kurang seninyaIni pendapat sayaDari segi lirik yang tiada lenggok bahasa yang indahTerlalu straight forward mac ...



Dah berkurun aku tak dengar lagu kat radio. Balik2 BFM je then kalau ada mood Spotify / Youtube lagu zaman 90s. Kosser dgn radio skrg.
Quote gerbera.memopad 27-11-2019 04:12 PM
Edited by gerbera.memopad at 27-11-2019 04:14 PM

Kalau nak dengar lagu BBNU, terserah. Aku pun dengar je kalau best.

Depend dengan pendengar sendiri la, nak dengar lagu yang sejenis begitu je all the time atau nak bukak telinga & awareness tentang muzik yang lebih underated tapi tak kurang best sebenarnya.

Anyway, aku suka lagu Amir Jahari - Sila Robek Hati Ini tapi view begitu menyedihkan.

[youtube]tdbedxvvu5s[/youtube]
Salammusik pun best. View boleh tahan sebab dorang dah ada fanbase sendiri.

[youtube]ldJ7iI6zZoY[/youtube]



Quote gerbera.memopad 27-11-2019 04:15 PM
And, aku rasa zaman sekarang view YT salah satu faktor penting ya untuk lagu tu diulang putar di radio.  Kualiti lagu tu belakang cerita.
Quote buragazz 27-11-2019 04:25 PM
Entoh ler.. pada aku kita kena berbalik pada akar umbi genra musik kita.. tak guna gak nak bereksperimen dalam masa2 segala kos naik mendadak.. nanti orang tak dengar ko gak yang tanggung rugi.. nak kata tak sampai pada pendengar tak logik jugak..macam2 platform boleh dpat sekarang ni youtube segala.. lagi pun klu dengor lagu yang konon nya mempunyai nilai artistik yang tinggi ni akan menjadikan seseorang tu cerdik ker...
Quote tapirbiru 27-11-2019 04:29 PM
i love sifu..konsert sifu meletops dan merembes sgt  haritu.... mmg legend lah
Quote nsmy 27-11-2019 04:31 PM
KIM.K replied at 27-11-2019 02:37 PM
Hot sangat M.Nasir dalam PGL
Acik bunian takleh move on

memang hot..
Quote Sangkar_Emas7 27-11-2019 04:34 PM
Tp lagu Sumpah-Naim sedap....sekali dengar tros tgkp. lagu baru tu kan,
Quote dua_chzy 27-11-2019 04:35 PM
M. Nasir hidop di planet mana mencerca lagu sekarang tak kreatif?

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.035612 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top