CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hotel Bajet Di Jepun RM4 Je Kalau Korang Rela Gerak-geri Disiarkan Live Di YouTube!

27-11-2019 06:06 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6653| Komen: 22|Original author: Oleh: LilRose

Tidak dinafikan, Jepun memiliki reputasi sebagai salah sebuah negara paling mahal untuk kaki travel.

Tapi, anda semestinya masih boleh menikmati percutian yang awesome dengan bajet rendah jika pandai merancang perjalanan.


Dipetik dari AsiaOne, pengunjung hanya perlu membayar 100 yen (RM3.80) sahaja untuk bermalam di hotel dengan 10 bilik tidur di Asahi Ryokan di Fukuoka. Tak sampai RM5 pun!


Kredit foto: CNN

Kenapa murah sangat? Sebenarnya, 100 yen bukanlah jumlah sebenar perlu dibayar.

Sebaliknya, pengunjung perlu mengorbankan privasi sebagai bayaran pertukaran untuk menginap di Bilik nombor 8 di Asahi Ryokan.

Bukan sahaja segala gerak-geri anda dirakam, malah ia akan disiarkan kepada seluruh dunia secara langsung menerusi saluran YouTube hotel berkenaan, One Dollar Hotel.


Kredit foto: AsiaOne/Asahi Ryokan


Pemiliknya, Tetsuya Inoue mendapat idea ini selepas mewarisi hotel berkenaan daripada neneknya.

Matlamat utamanyanya adalah untuk memanfaatkan 'bilik yang tidak popular' untuk menjana pendapatan daripada pengiklanan YouTube.

Berkata kepada CNN, Inoue memaklumkan bahawa hotel itu pada asalnya merupakan 'sebuah ryokan usang' iaitu rumah penginapan tradisional Jepun.


Kredit foto: CNN

Mahu kelihatan lain dari lain dan lebih menonjol berbanding pesaingnya, maka tercetuslah idea tersebut.

"Orang muda sekarang tidak kisah sangat mengenai privasi mereka.

"Segelintir daripada mereka okey saja (diperhatikan seluruh dunia) untuk satu hari," katanya.

Bagaimanapun, mereka masih diberi ruang 'bernafas'. Tak adalah sampai kamera mengikut walau ke dalam bilik air. Sebaliknya, kamera diletakkan bersebelahan bilik air.


Kredit foto: CNN

Selain itu, hanya visual sahaja disiarkan dan segala butiran percakapan tidak akan dirakamkan. Dan semestinya tiada adegan seks disiarkan kepada umum.



Anda rela menginap di sini dan mengorbankan privasi semata-mata untuk mengurangkan kos perbelanjaan? - CARI
8

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 27-11-2019 06:57 PM
Sape tido kain pelikat terselak2 tu mesti tazabar nak book bilik
Quote KekDurian 27-11-2019 07:33 PM
To klo guest tu takat blk mandi & tido..pastu pagi2 dh kluar g merayap..viewer utube dpt tgk apa je?
Quote Kurex 27-11-2019 08:26 PM
boleh tengok ikek ikek kimochi live
Quote mata.kail 27-11-2019 08:28 PM
murah...tapi
Quote Mary_jane 27-11-2019 09:32 PM
Since kuve 24hrs, nah.

[youtube]ozmHm5kPlwY[/youtube]
Quote Mary_jane 27-11-2019 09:33 PM
Apo kuve, *live lah.
Quote Bunggah 27-11-2019 10:13 PM
Takde privasi langsung {:yameteh
Quote fdbwg 27-11-2019 10:57 PM
Menarik tapi.... No!
Quote thetimes 27-11-2019 11:15 PM
Wow....macam menarik tapi bukan untuk aku.{:run
Quote umbut 27-11-2019 11:53 PM
Boleh juga.. tapi tidur jelah.. baju full, pki mask... esok keluar.. bayar murah..
Quote HYSB 28-11-2019 02:04 AM
Lelaki boleh lah, diaorang buat ape je
Quote CatMiow 28-11-2019 08:47 AM
Sape suka pda kelainan boleh la cuba
Quote buragazz 28-11-2019 09:36 AM
Kurex replied at 27-11-2019 08:26 PM
boleh tengok ikek ikek kimochi live

Hahaha jembalang ko kurex..
Quote palmolive 28-11-2019 10:12 AM
masuk bilik pakai topeng la
Quote clarizsa 28-11-2019 10:18 AM
Gilaaa
I rela bayar mahal utk privasi n private bathroom

Geli nak kongsi2
Quote julielapadite 28-11-2019 10:51 AM
There is a special place in hell for japanese atas sebab benda-benda pelik yang mereka lakukan semasa di dunia
Quote julielapadite 28-11-2019 10:53 AM
Tp apa beza nya vidcall dgn boyfriend penghabisannya utk tontotan umum di pornsite juga {:nose jahat mulotku
Quote polluxsstar 28-11-2019 10:54 AM
kalau ada penampakan hantu kacau org tgh tido best la penonton
Quote Artemesiaa 28-11-2019 12:00 PM
Kalau tak ada benda lain nak buat boleh ler nak cuba bukan untuk mereka yang datang sana untuk melancong

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.037569 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top