Nampaknya edisi khas Hello Kitty Carier dari McDonald's yang habis hanya pada hari pertama ia dibuka, kini boleh dibeli di laman beli belah seperti Shoppe dan Lazada. Ini kerana mereka yang beratur sejak awal pagi walaupun ia mula dijual pada jam 10 pagi bukan sahaja terdiri dari peminat kartun popular ini, malahan mereka yang mahu menjana pendapatan! Berbekalkan pembelian set makanan, pelanggan boleh membeli set Hello Kitty Carier hanya dengan harga RM29.90 sahaja.
Tinjauan di beberapa laman web beli online, nampaknya ada yang menjual bermula RM45 hingga RM900! Tetapi ia dipercayai telah dipadam kerana mendapat kecaman orang ramai. Terdapat juga kekesalan warganet yang tidak sempat mendapatkan barangan tersebut dek ketamakan segelintir pihak. Jadi, bagaimana? Anda peminat Hello Kitty tapi terlepas mendapatkannya? Sanggup tak membeli semahal ini? - CARI |
Carcosa replied at 28-11-2019 01:45 PM
Let me tell you guys something. Abg ipar meols kerja dgn bursa saham, tapi kat US lah. Dia kaya raya ...
ADVERTISEMENT