Siapa sangka kematian seorang wanita warga emas membongkar rahsia besar yang disimpan sejak sekian lama. Memetik Independent, wanita yang dikenali dengan nama Jeanne Souron-Mathers, 75 ditemui meninggal di kediamannya di Utah, Amerika Syarikat selepas dia tidak kelihatan selama dua minggu di bangunan tempat tinggalnya.
Selepas pemeriksaan dilakukan oleh pegawai kebajikan, mereka akhirnya menemui mayat Jeanne dalam rumahnya. Namun, ia tidak terhenti setakat itu kerana sebuah lagi penemuan yang begitu mengejutkan iaitu mayat suami Jeanne didakwa berada dalam peti sejuk. Pihak berkuasa berkata, kematian Jeanne bukanlah satu kes jenayah namun kematian suaminya itu mengundang curiga pihaknya.
“Mayat lelaki itu dikenal pasti sebagai suami Jeanne bernama Paul Edwards Mathers, 69. “Mayat suaminya dijumpai di dalam peti sejuk bahagian beku yang disimpan di dalam rumah. “Polis setakat ini tidak mengetahui bagaimana kematian suaminya, sama ada isterinya terlibat atau tidak, namun mengesyaki sesuatu telah terjadi,” katanya. Menurut jirannya, suami wanita itu sudah lama tidak kelihatan dan jika benar perkiraan yang dilakukan, sejak 11 tahun lalu. Kedua-dua mayat itu kini dihantar untuk bedah siasat. - CARI
|
fliphair8 replied at 29-11-2019 12:57 PM
takde wit nak buat funeral kut...sebatang kara plak....simpan je le..sesekali bole tengok muka laki ...
geenie replied at 29-11-2019 01:09 PM
ada 1 episode dlm cite CSI LV.tak ingt season brapa. spouse mati. tak ada duit nak buat funeral. s ...
Rainrein replied at 29-11-2019 01:23 PM
Tak berhantu pulak rumah tu ek.
KiahRonggeng88 replied at 29-11-2019 09:38 PM
Sedih nyaaaa...cinta mati gitu... Kak Kiah dh pesan kat laki kak kiah kalau kak kiah mati dulu dia ...
ADVERTISEMENT