Kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Sharnaz Ahmad dan isterinya yang juga kakak kepada Neelofa, iaitu Nabila masih lagi belum menemui jalan penyelesaiannya.
Malah, Neelofa dan keluarganya turut terkait sekali dan dituduh masuk campur dalam urusan rumah tangga pasangan itu sehingga menjadi punca hubungan mereka berantakan. Mengakui dia dan keluarganya memberi sokongan sepenuhnya kepada Nabila, Neelofa bagaimanapun menafikan yang mereka sekeluarga masuk campur dalam urusan rumah tangga kakaknya dan Sharnaz. "Sebagai adik, sudah tentu saya akan menyokong kakak saya. Sama juga seperti ahli keluarga dan rakan rapat lain, mereka memberikan dorongan tidak berbelah bahagi kepada Nabila."
"Tak adil apabila ada tuduhan yang mendakwa keluarga saya masuk campur. Sudah semestinya kami memberikan sokongan kerana Nabila darah daging kami," ujar Neelofa, memetik laporan daripada Harian Metro. Ulas pengacara, pelakon dan usahawan jelita itu lagi, dia agak kesal dengan sikap Sharnaz yang tiba-tiba bertukar fikiran dan enggan menceraikan kakaknya seolah-olah sengaja mahu memanjangkan kes penceraian tersebut. "Apa yang saya kesalkan ialah perkara ini dipanjangkan, walhal ia boleh diselesaikan dengan mudah." "Cabaran yang dilalui Nabila agak sukar, tetapi saya tahu perjalanan ini akan mematangkan dia. Banyak lagi perkara yang dia akan tempuh sepanjang proses penceraian berlangsung." Tambahnya lagi, keluarga di kedua-dua belah pihak pastinya memberi sokongan kepada ahli keluarga masing-masing. Justeru, tidak adil untuk orang ramai menuding jari kepada ahli keluarganya sahaja walhal keluarga Sharnaz juga pasti memberi sokongan penuh kepada pelakon tersebut.
|
MeghanK replied at 29-11-2019 05:06 PM
jah, percaya la cakap iols..tade lelaki dah yang berani masuk famili mung kalau gini gaya nya
rotijohanz replied at 29-11-2019 05:10 PM
ta baik uols ckp cenggini.......
mrh fans neelopah.......
aper uols igt xder ke jantan nk kn lop ...
MeghanK replied at 29-11-2019 05:06 PM
jah, percaya la cakap iols..tade lelaki dah yang berani masuk famili mung kalau gini gaya nya
MatDeghem replied at 29-11-2019 05:26 PM
Habeyyy lah....Andartuuu foreber
MeghanK replied at 29-11-2019 05:06 PM
jah, percaya la cakap iols..tade lelaki dah yang berani masuk famili mung kalau gini gaya nya
msdummy.2018 replied at 29-11-2019 05:47 PM
kalo hader chuolss?
MatDeghem replied at 29-11-2019 09:26 AM
Habeyyy lah....Andartuuu foreber
patchipink replied at 29-11-2019 06:28 PM
Ni iols ade nampak bideo sheols di ig komen mende nih, nape airmuka makin keroh teruk sgt ek skrg? ...
MatDeghem replied at 29-11-2019 05:26 PM
Habeyyy lah....Andartuuu foreber
Kurex replied at 29-11-2019 09:56 AM
yelah yelah.. famili kau baik suci murni tak amalkan sskjp
ADVERTISEMENT