Meskipun baru sahaja berusia 10 tahun, namun usaha keras kanak-kanak ini mencari wang nyata telah menyentuh hati seorang pemuda. Dia yang memuat naik kisah kanak-kanak yang dikenali sebagai Dafi itu berkata, usaha yang dilakukan kanak-kanak itu sahak berusia tujuh tahun banyak membantu penduduk di sekitar Gong Badak di Kuala Terengganu.
“Tatkala ramai kanak-kanak kecil yang lain menghabiskan masa cuti sekolah dengan bermain gajet, melancong dan melepak, tetapi tidak bagi Dafi. “Sebaliknya adik Dafi memilih untuk menjalankan perniagaan untuk mencari duit poket,” kata pemuda yang dikenali sebagai Ziyad Yazid. Menurutnya lagi, Dafi melakukan kerja memungut sampah dari rumah ke rumah dengan bayaran RM5 selama empat jam di sekitar Taman Teratai dan Taman Bestari.
“Kos yang terlibat hanyalah dirinya, sebuah basikal dan semestinya dengan keyakinan diri dan muka yang tebal. Perkhidmatan sebegini sangatlah diperlukan. Apatah lagi pickup terus rumah ke rumah dan boleh schedule pick up. “Sekaligus telah menyelesaikan masalah penduduk yang tiada masa untuk keluar buang sampah. Bijakkan?” ujarnya. Malah, pendapatannya mampu menjana sehingga RM100 sehari, iaitu satu pencapaian yang sangat membanggakan. - CARI
|
Kurex: ohhhh twitter lagi.. nak tanya la kan? kenapa kena semua cerita kena dicedok dari twitter eh??????
sonatalady: Bahaya bila dh viral ni.Jgn adik ni kena culik ke rompak ke apa sudah.
Miss_LoveLeen replied at 29-11-2019 09:56 PM
Menurutnya lagi, Dafi melakukan kerja memungut sampah dari rumah ke rumah dengan bayaran RM5 selama ...
Miss_LoveLeen replied at 29-11-2019 09:56 PM
Menurutnya lagi, Dafi melakukan kerja memungut sampah dari rumah ke rumah dengan bayaran RM5 selama ...
ADVERTISEMENT