Artis wanita Malaysia memang selalu kena kutuk apabila salah cara berpakaian terutamanya apabila tampil seksi dan mendedahkan aset mereka.
Baru-baru ini, Jasmine Suraya menjadi bualan gara-gara memakai baju yang memperlihatkan bahagian lurah dadanya. Memang menarik, cantik dan bergaya! Tapi, macam biasa pasti tidak akan lepas dari kecaman netizen yang mendakwa ianya terlalu seksi dan 'seksa'!
Mereka mempersoalkan tindakan Jasmine yang disifatkan terlalu berani, seolah-olah langsung tidak mengenakan pakaian dalam. "Kalau ya pun, pakailah coli. "Coli mana coli. "Tampal salotep ke? "Tak pakai coli ke?" antara komen yang diterimanya di Instagram. Ruangan komen juga dipenuhi dengan komen-komen nakal, tidak kira dari lelaki mahupun wanita. Mereka meminta Jasmine agar tampil lebih sopan.
Namun, ada juga yang meminta agar netizen berhenti mengecam kerana Jasmine adalah keturunan Cina dan bukannya Islam pun. Jadi, macam mana pendapat anda? Okey ke baju Jasmine Suraya ni? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|