Angkara cemburu buta, wanita maut ditampar teman lelaki di stesen kereta api Mankhurd, Mumbai pada Sabtu lalu. India Today melaporkan, Seeta Pradhan, 35, dilempang Raju Pujari Yallapa selepas mangsa dilihat bercakap dengan seseorang berhampiran tandas awam di situ.
Menurut sumber polis, wanita itu rebah selepas ditampar Yallapa dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Rajawadi di Ghatkopar. Jurucakap polis Mankhurd, Nitin Bobade berkata pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian dan sedang menunggu hasil bedah siasat sebelum tindakan lanjut diambil. Berikutan kejadian, suspek ditahan polis dan kes masih dalam siasatan. - CARI
|
pinklepie: Ini betul-betul cerita Tamil in real life
munchkin replied at 2-12-2019 11:10 PM
Kuat betul. Sure ke lempang?
ADVERTISEMENT