Siapalah yang tidak gemar dengan menu makanan yang disediakan dalam penerbangan Air Asia? Lebih-lebih lagi hidangan Nasi Lemak Pak Nasser yang berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia yang pastinya pernah menjadi penumpang penerbangan Air Asia.
Berita baik untuk rakyat Malaysia khususnya, Tony Fernandes, Ketua Eksekutif Air Asia, mengumumkan restoran pertama yang menghidangkan sajian menu penerbangan atau 'in-flight menu' pertama akan dibuka Disember ini.
Restoran yang diberi nama Santan bersempena menu Air Asia itu, akan dibuka di pusat membeli-belah Mid Valley, di Kuala Lumpur. Kini anda tidak lagi perlu naik penerbangan Air Asia semata-mata rindukan Nasi Lemak Pak Nasser! Selain itu, Tony turut mensasarkan supaya rangkaian restoran Santan akan dibuka kepada franchise supaya lebih banyak lagi restoran dapat dibuka, selain menyatakan hasratnya untuk membuka sebuah lagi di Times Square suatu masa nanti. Air Asia juga merancang untuk membuka 5 cawangan tahun ini dan 100 lagi cawangan dalam 3 hingga 5 tahun akan datang. Seramai lima orang chef bersama kumpulan pelajar kulinari bergabung untuk menghasilkan menu makanan lain selain menu penerbangan. Ini bermakna pengunjung restoran Santan itu nanti boleh menikmati pelbagai lagi juadah lain yang pastinya istimewa! Unik sungguh nama dan ideanya. Tony Fernandez memang tak pernah kering idea strategi pemasaran. Salut! Jom beramai-ramai serbu Restoran Santan! - CARI |
12
Bagus |
11
Marah |
13
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
blekkep replied at 3-12-2019 04:04 PM
aiols sorg jer ker rase nasik lemak pak naser nie biase2 jer??
lil_honey replied at 3-12-2019 02:02 PM
suke ciken teriyaki kalau AA.,..
xtahumenahu replied at 3-12-2019 05:35 PM
Hmm...x penah makan...xtau...penah makan megi je flight AA...kemain sedap rasanya
ADVERTISEMENT