CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Janganlah Tinggalkan Kesan Lipstik Di Gelas, Susahkan Kami Nak Menyental!"- Tukang Cuci Kenduri

3-12-2019 11:14 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 10034| Komen: 40|Original author: Shimmer Shine


Musim cuti sekolah memang banyak kenduri diadakan. Pastilah juga pelbagai kisah pahit dan manis menjadi memori hatta cerita lucu sekalipun, ia mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, warganet mengadu mengenai gelas yang dipenuhi dengan kesan gincu hingga menyukarkannya untuk menyental. Dari situ, berlaku 'perdebatan' mengenai jenis gincu, tukang cuci hinggalah bermacam gelagat lain boleh diperhatikan di majlis kenduri.

Twitter

Golongan wanita mempertahankan ianya adalah kerana mereka mahu melawa dan tidak sedar ianya menyusahkan orang lain. 


Hiasan - Google

Tetapi sekarang kan ramai yang pakai 'lip-mate' yang tidak meninggalkan kesan. Jadi, betul ke memang susah tanggal? 

L


Maklumlah, mereka yang bekerja mencuci pinggan, mangkuk dan gelas ini kebanyakkanya terdiri daripada remaja yang bekerja separuh masa. Jadi, dengan tetamu yang datang bersilih ganti, mereka memerlukan kepantasan menyiapkan semua kerja tersebut.


Cara yang paling mudah ialah mengelap gelas tersebut dengan tisu selepas minum, tidaklah sesusah mana pun.

Anda memudahkan kerja orang, orang juga akan memudahkan kerja anda. Kita sama-sama memudahkan ya. Gincu mana nak pakai kenduri minggu depan ni? - CARI

2

Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • kodoksilver


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 3-12-2019 11:21 AM
Aku x pernah tinggalkan kesan lipstik sbb aku x pakai lipstik
Quote Boomibulat 3-12-2019 11:28 AM
sarah82 replied at 3-12-2019 11:21 AM
Aku x pernah tinggalkan kesan lipstik sbb aku x pakai lipstik

I pun sama..x pnh pakai lipstick
Quote sarah82 3-12-2019 11:33 AM
Boomibulat replied at 3-12-2019 11:28 AM
I pun sama..x pnh pakai lipstick

Dah ang lelaki Boomi.. Kalau ang pakai lipstick ka.. Maknanya ang jadi Pondan.. Mcm mana nak nikah dgn Lopak?
Quote yuki812 3-12-2019 11:37 AM
aiyooo....
dah takde news membina kaaa...
benda gini pon jadi viral kaaa....
Quote LuvAurora 3-12-2019 11:45 AM
tp lipstick yg lekat nilah yg sedap pakai
Quote msdummy.2018 3-12-2019 11:48 AM
ok apa..then we know u oll cuci pinggan mangkuk bersih2......kalo tak main bilassss jerrr
Quote Wija 3-12-2019 11:49 AM
abg2 rewang mungkin boleh sapu minyak kat cawan tu utk hilangkan kesan lipstik...lipstik yang waterprove selalunya kalah dgn minyak...

yang akak2 ni pon xpaham iolss...time kenduri kawin la yg ko nak melaram bagai...mengalahkan pengantin. hari2 biasa muka selebet je...kenapa ye?
Quote hasmania 3-12-2019 12:00 PM
LuvAurora replied at 3-12-2019 11:45 AM
tp lipstick yg lekat nilah yg sedap pakai

mana ada orang perempuan pergi majlis kawin tak pakai lipstik ???
nak senang cuci gunalah straw (dah straw plkk dah tk bleh guna la nih)...
nak cuci cawan tu cuci lah dgn hati yg bersih jangan byak mengomel2...
Quote Melorqe 3-12-2019 12:01 PM
lipstik tu kalau cuci dgn sabun pun hilang lah
ni mesti jenis basuh cawan main celup2 je.
aku selalu cek cawan kat tempat kenduri, yg lipstik nipis pun ada ja lagi kat cawan tu.
pernah aku minum kat kedai, lipstik melekat cantik je , tak nampak tanda2 diaorang gosok pun.
Quote LuvAurora 3-12-2019 12:02 PM
hasmania replied at 3-12-2019 12:00 PM
mana ada orang perempuan pergi majlis kawin tak pakai lipstik ???
nak senang cuci gunalah straw ( ...

kannn betul baru cuci bersih2..kalau liptint yelah kut xlekat..
Quote sarah82 3-12-2019 12:13 PM
hasmania replied at 3-12-2019 12:00 PM
mana ada orang perempuan pergi majlis kawin tak pakai lipstik ???
nak senang cuci gunalah straw ( ...

Ada. Aku.
Quote sapeka 3-12-2019 12:20 PM
i maybe pernah
minta maaf pencuci pinggan di majlis kenduri
kesilapan tidak disengajakan
Quote Artemesiaa 3-12-2019 12:24 PM
Kalau pakai sabun murah memang tak berkesan nak hilangkan kesan tu.  Selain kesan lipstick kesan minyak pun tak berapa nak bersih kalau dicuci guna sabun murah.
Quote Catpaw 3-12-2019 12:36 PM
Oklah,pas ni para jelitawan dan jejakawan yg pakai lipglos nak kena lap dgn tisu cawan tu pas guna
Quote ninja boy 3-12-2019 12:44 PM
Kosmetik merosakkan alam sekitar Selayaknya  ramai berpenyakit. Akal 10‰
Quote prettyuglybabe 3-12-2019 02:00 PM
paling tak suka pi kenduri cawan pinggan basah berminyak..
kalau malas nak lap, sediakan la kain lap kat tempat susun pinggan tu..
boleh la tetamu lap pinggan sendiri..
Quote salmon-suki 3-12-2019 03:02 PM
hasmania: mana ada orang perempuan pergi majlis kawin tak pakai lipstik ???nak senang cuci gunalah straw (dah straw plkk dah tk bleh guna la nih)...nak cuci caw ...


aiolzs tak pakai lipstick..just pakai lip ice jah..nak pakai lipstick boleh,tp nti lap ler bekas lipstik y melekat tu guna tisu mcm y tt suggest..xde laa nak susahkn org y membasuh..ni msti sejenis y pegi kenduri pakai lipstick dan melaram nk kalahkn pengntin kan..kekeke~
Quote salmon-suki 3-12-2019 03:06 PM
Utk majlis kawin2 ni,katerer/pihak rewang gunalah pinggn plastik/cawan plastik/kertas y biodegradable..takyah pk nak basuh2 daa..

Kalau nak jugak,guna cawan kaca/melamine ..so far,aiolzs jd tukang basuh time kenduri nih,lipstick boleh je tanggal walau guna sabun tesco y rege rm4 tuh..xde isu pun..antara nak tak nak jah..
Quote bonggo 3-12-2019 03:24 PM
Dah tu keje kau buat je la. Bdk2 skrg senua nk harap ehsan org lain supaya keje dia jd senang.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.106858 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top