CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Niat Bunuh Zulfarhan - Tertuduh Keempat

3-12-2019 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 18248| Komen: 90

“Saya tiada niat untuk mencederakan Zulfarhan, apatah lagi untuk membunuhnya."

Itu yang dikatakan oleh penuntut UPNM, Muhammaf Afif Najmuddin Azamat.


Dia merupakan saksi keempat pembelaan yang juga tertuduh keempat berkata hubungannya dengan Zulfarhan baik, tiada kebencian dan dendam terhadap mangsa.

Harian Metro melaporkan, Muhammad Afif, 23 berkata demikian ketika perbicaraan peringkat bela diri kes bunuh Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain, dua tahun lalu.

Kredit foto: fmt

“Pada ketika itulah seseorang beri seterika wap untuk saya guna ke atas Zulfarhan.

“Saya secara spontan guna seterika itu di bahagian paha luar Zulfarhan sebanyak dua kali, tak sampai sesaat pun,” katanya yang menerangkan situasi tegang dan kecoh ketika Zulfarhan disoal beberapa pelajar lain. 


Katanya lagi,  selepas itu dia meletakkan seterika wap di atas meja sebelum balik semula ke biliknya di bilik 3-3, blok asrama Jebat dan tidak berjumpa dengan Zulfarhan lagi selepas itu.

Dia juga menerangkan, dia bersama tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; tertuduh keenam Abdoul Hakeem Mohd Ali; dan saksi pendakwaan ke-12 Muhammad Sufi Mohd Mustapha, membawa Zulfarhan ke Klinik As-Salam di Bangi menaiki kereta tertuduh ke-16, Muhammad Hasif Ismail pada 27 Mei 2017, jam 12 tengah hari.

“Setelah selesai rawatan di klinik, saya minta Muhammad Hasif menghantar saya ke Terminal Bas Selatan untuk saya pulang ke rumah saya di Negeri Sembilan,” katanya. 

Perbicaraan bersambung esok. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awaynepian 3-12-2019 06:09 PM
Acu letak seterika panas kat dia..xsampai dua saat..menggelupur ke x...
Emo pulak aku ptg2 ni
Quote JohnnySins 3-12-2019 06:12 PM
mangkaq2 yang nak tunjuk pandai macam resewelmaxis tak nak bagi ANALisa sikit kat pasai kes ni...selalunya dia yang pandai bab2 ni..seteruihnya XXY_daen...depa ni cukup pandai.....wakakakakakakakakkkakkaka
Quote white_musk 3-12-2019 06:13 PM
habis tu apakah niatnya?
Quote salmon-suki 3-12-2019 06:27 PM
Boleh tak buat demo brp lama dia ltk saterika wap tu kt arwah?dia berlakon jd arwah,dan polis berlakon jd dia..dia ckp dua kali tekap kan..tak sampai satu saat pun..so,nak tgk jugak hasil dia caner..

Polis pun xde niat nak bunuh/cederakan dia,sekadar lakonan semula utk lihat apa effect saterika wap y panas tu kpd badan y terkena..pastu nanti boleh laa dia backup diri dia..
Quote LuvAurora 3-12-2019 06:30 PM
mesti theyols igt ala wap seterika ja pun xmungkin smpi mati..tapikan kawan iols pernah ckp dia lg rela meninggal awal so xpayah tanggung byk dosa   
Quote sarah82 3-12-2019 06:36 PM
Tak ada niat my ass.. Apa kata ang pulak kena tekam dgn seterika sampai 3rd burn.. Lps tu kami kata tak ada niat. Kami hanya nak tunjuk demo saja mcm mana angpa sekoq2 bunuh arwah.
Quote shernazz 3-12-2019 06:39 PM
Iols oakai seterika sama cm seterika depa guna utk bunuh zulfarhan
Harintu iols terkena wap.dia hoiiiii sakit wooo...
Tu kena jari sebab iols xpakai sarung tangan dia tu...merah jari jemari iols..
Quote shernazz 3-12-2019 06:40 PM
Cuba plak bayangkan yang sakit tu di peha..kulit yang sensitif kan..hoiii...
Mmg dia kata xde niat sebab bukan dia yang kena seterika tu
Quote cahaya_almas 3-12-2019 06:56 PM
Mcm nk salahkan org yg bg seterika lak..masa buat kau yal fikir ya dikkk
Quote Perawankota 3-12-2019 07:31 PM
Ngeri bila terbayang...
Quote rosevelvet 3-12-2019 07:45 PM
X sanggup lg dh bc proses penderaan tu. Aku hrp sgt setan2 ni derita seumur hidup. Aku yg bc ni pun sakit hati bila bc. Cukuplah. Xyah bela diri. Xde maaf dah
Quote Aerhys 3-12-2019 07:50 PM
Pernah terbaca mangsa juga ditekap dengan seterika di kemaluan kan? Siapa syaitan yg tekap kat situ?
Quote CardiGans85 3-12-2019 08:08 PM
salmon-suki replied at 3-12-2019 06:27 PM
Boleh tak buat demo brp lama dia ltk saterika wap tu kt arwah?dia berlakon jd arwah,dan polis berlak ...

Aku pun nk tengok juga sebenarnya. Sakit hati aku dgr statement mcm ni. Mentang2 arwah dah xde, senang2 je ckp.

Quote zehra2 3-12-2019 08:18 PM
Try bubuh seterika panas kt peha ko plak. Apa ko rasa.. mereput la ndak nya korang dlm penjara.
Quote yuki812 3-12-2019 08:19 PM
bdk cerdik..pandai..
tp hilang dah sifat kemanusiaan...
kalau iron panas sgt..letak sesaat pon dah leh terbakar baju tau...skali tekap je..
Quote salmon-suki 3-12-2019 08:38 PM
CardiGans85 replied at 3-12-2019 08:08 PM
Aku pun nk tengok juga sebenarnya. Sakit hati aku dgr statement mcm ni. Mentang2 arwah dah xde, se ...

Kan..setakat ckp,semua pun boleh..xde niat konon..nk defend diri,mcm2 cara sggup buat..

Cuba buat exactly how pesalah2 ni buat kt arwah..kita nak tgk jgk apa kata dorg..
Quote KiahRonggeng88 3-12-2019 08:40 PM
Budak2 ni elok baring kan dorang lepas langgar je dgn mesin padi ... Baru dorang tau erti sakit tu pekebenda... Eh vavi laaa xde niat...abeh ko seterika badan arwah tu sbb nak enjoy ke?
Quote Lentera 3-12-2019 09:08 PM
Betui la dia ckp tuuu.. Xde benci, xde dendam. Seterika tu dia nmpk mcm gula2 candy je, dia syg arwah, sbb tu dia hulur
Quote Lentera 3-12-2019 09:10 PM
shernazz replied at 3-12-2019 06:39 PM
Iols oakai seterika sama cm seterika depa guna utk bunuh zulfarhan
Harintu iols terkena wap.dia hoi ...

Sama laaa.. Yg kaler oren tu kannn.. Skali kena wapnya pehhhhh! Terus tak nak guna dah. Guna iron biasa je skrg

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.068991 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top