Filem animasi Ejen Ali The Movie mencatat kutipan RM6.4 juta selepas tiga hari ditayangkan di 162 pawagam di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei. Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, jumlah itu di luar jangkaan dan beliau sangat terkejut dengan sambutan orang ramai terhadap filem ini. Dalam pada itu, seorang pengguna mencadangkan agar filem animasi tersebut dibuat secara nyata (real life). Menariknya, Izzuan Adnan memohon agar pengacara dan pelakon Neelofa, 30, diberikan watak dalam filem itu sambil memuat naik dua keping gambar Neelofa dan Dayang secara bersebelahan. Tanpa disangka, hantaran itu mendapat maklumbalas dari Neelofa dan beliau menyukai = saranan tersebut dan dikongsi lebih 24,000 pengguna. Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi netizen di mana ada yang tidak bersetuju animasi ini dibuat diadatasu kepada filem nyata, tetapi tidak menolak untuk Neelofa melakonkan watak Dayang. Malah, netizen turut memadankan watak-watak lain dalam Ejen Ali dengan pelakon-pelakon yang dirasakan sesuai termasuklah Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq dan kucingnya sekali. |
shark_eow7 replied at 5-12-2019 11:47 AM
ada yang dah pergi tengok ke cerita ni... meols pergi tengok dah. seriouslaa.. best jugak. penuh act ...
natrahn replied at 5-12-2019 12:23 PM
kah kah kah..tau2 part tu...kemain lagik kan
coco replied at 5-12-2019 12:14 PM
ejen karya bagi ke alip syukri terlajak laris.....
shark_eow7 replied at 5-12-2019 12:50 PM
muka toklip ada la sikit2 ejen karya. tapi perangai toklip dengan ejen karya atau cikgu bidin jauh ...
Artemesiaa: Elok bagi peluang pada bakat2 baru yang belum terkenal kalau asyik muka2 tu je boleh jadi bosan nak menontonnya
coco replied at 5-12-2019 01:07 PM
oh ingatkan ejen karya kuat propa macam tok lip....
ADVERTISEMENT