|
Peminat siri filem superhero Marvel Studios sudah tentu tidak asing lagi dengan watak Black Widow, lakonan mantap Scarlett Johannson.
Buat yang tidak tahu, Black Widow merupakan salah seorang adiwira dengan kebolehan sebagai perisik hebat dan lincah. Dia merupakan antara adiwira terawal yang membuat kemunculan dalam siri filem Marvel Cinematic Universe (MCU) bermula dari Iron Man 2 (2010) hinggalah filem Avengers: Endgame (2019). Kemunculannya melalui filem solo ini bermakna Black Widow telah berada di MCU selama 10 tahun! Spoiler alert, meskipun watak ini dilihat terkorban dalam filem Avengers: Endgame, namun ia tidak menghalang pihak produksi Marvel untuk menghasilkan filem solo ahli Avengers ini. Garis masa bagi filem ini dikatakan sekitar selepas kejadian perang saudara antara ahli Avengers dalam filem Captain America: Civil Wars (2016), di mana kita akan menyaksikan lebih banyak berkenaan kisah silam watak ini. Turut menarik perhatian dalam trailer ini adalah kemunculan pertama Yelena Belova lakonan Florence Pugh, Alexei Shostakov atau Red Guardian lakonan David Harbour, serta kemunculan watak penting dalam komik-komik Marvel, iaitu Taskmaster. Black Widow (2020) arahan Cate Shortland akan mula ditayangkan di pawagam serata dunia bermula 1 Mei 2020. Tak sabar nak terjah panggung untuk menonton aksi mantap Scarlett! - CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.764554 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.