CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Dayana Roza Bergambar Tepi Kolam Dengan Bekas Juara Dunia Moto GP, Ada Apa-Apa Ke?

4-12-2019 12:30 PM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 16438| Komen: 47|Original author: intan

Jika anda peminat sukan MotoGP, pasti kenal Jorge Lorenzo yang sebelum ini telah mengumumkan persaraan beliau daripada sukan permotoran tersebut kerana mahu berehat sebelum menceburi bidang baharu pada masa akan datang.


Menerusi laman Instagram beliau, Jorge kini dilihat sedang berlibur di Bali namun yang menarik perhatian, beliau juga turut ditemani aktres Malaysia, Dayana Roza.


Jorge dan Dayana bukanlah pertama kali berjumpa kerana sebelum ini ketika Jorge mengumumkan persaraannya, Dayana sempat menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Jorge. Wah, wah! ada apa apa ke tu?


Tak sangka juga ya Jorge Lorenzo mempunyai hubungan mesra dengan Dayana ya! Mungkin masih dalam proses kenal hati budi agaknya sebelum melangkah ke fasa seterusnya. 


Gambar Jorge yang tidak berbaju manakala Dayana seperti mengenakan bikini itu turut mendapat perhatian rakan artis yang lain seperti Tiz Zaqyah, Adeline Tsen dan Sheila Rusly. Malah peminat aktres filem 'Minah Moto' itu turut meninggalkan beberapa komen termasuklah mendoakan supaya keduanya berakhir di jinjang pelamin.


Ada pula yang menyuruh Jorge menukar nama kepada "Ahmad Amran Lorenzo". Namun, tidak pasti pula sejauh mana hubungan kedua-duanya kerana sebelum ini Jorge didakwa mempunyai hubungan aktres Indonesia, Nikita Mirzani.


Nikita sebelum ini memuat naik foto bercumbu di pipi Jorge pada 23 November yang lalu. 


Apa-apapun doakan yang terbaik, jika ada jodoh, adalah ya! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sheqim 4-12-2019 12:45 PM
Oh memang suka org asian si lorenzo ni ye?
Quote kaklimahcomot 4-12-2019 01:04 PM
Mn pegi abg pilot tu? Dah potong kek ke
Quote misuke 4-12-2019 01:14 PM
benda boleh dpt pree, buat apa nk kawen
Quote Victorioussss 4-12-2019 01:18 PM
Lepas abang bonceng moto, abang bonceng la saya pulak

Gitylah pwtikan dialong geng spark dlm filem rempit
Quote buapakperut 4-12-2019 01:53 PM
kuat ngimpit  , boleh la dapat
Quote MimiLalat 4-12-2019 02:22 PM
Si nikita tu beriya up kt ig gmbr cium2, lorenzo tak post pun muka dia. Yg sendu sedan cm dayana rilexxxx je lepak tepi pool. Haha power laa.
Quote nanasno 4-12-2019 02:25 PM
dia ni tak kawen lagi ke dah kawen cerai ke apa? sebab ada sedara i macam baik ngan sheols slalu gambar ada sama sama rasa macam nampak gambar dia dengan lelaki.
Quote kucingitam 4-12-2019 02:49 PM
takde pula yang nak kecam dayan roza berbikini mcm chacha maembong?
Quote mijot 4-12-2019 02:55 PM
bukan dayana kapel dgn seseorg ke?dah putus ke?dia ni artis yg kurang ada kontroversi..lakonan pun bagus.
Quote Mfzg89 4-12-2019 03:02 PM
kawen jela.. pastu bawak dia mai dok malaysia.. bagi dia RXZ sebijik bior g layan atas karak sana g makan lemang..
Quote pearl.silver 4-12-2019 03:11 PM
mijot replied at 4-12-2019 02:55 PM
bukan dayana kapel dgn seseorg ke?dah putus ke?dia ni artis yg kurang ada kontroversi..lakonan pun b ...

I agak dia n kwn2 pandai simpan aktiviti diorg ataupun reporter2 gosip semua geng dia
Sbb i mcm penah bc dia pun sama je perangai mcm artis lain mcm chacha tu..
Quote adelea 4-12-2019 03:20 PM
dayana roza ni bukan ke dr famili high profile gitu,
harap marc marquez tak perangai macam jorge ,
dan tak terlibat dgn retis malaysia
Quote Rapz 4-12-2019 03:22 PM
Cyst ketuk2 tk nk komen pape ke atau masih bengkak ulu hati hempedu ngan janna nick yg ngah mendonia bahagia
Quote neez_cookies 4-12-2019 03:28 PM
Kemain lagi
Quote MissLana 4-12-2019 03:33 PM
Dayana Roza ni mmg taste athlete ye, dulu dgn Muslim skrg dah hupgrade international pulak, tak pdn dgn muka penyek hehe
Quote beta_carotene 4-12-2019 03:36 PM
Nini Cokolat celup
Celup celup! (2x)

Rasa kacang strawberi
Sungguh enak sekali

Nini.. Ninii!!
Quote moksha 4-12-2019 03:40 PM
Edited by moksha at 4-12-2019 03:44 PM


pun pandai chakap melayu[twitter]https://twitter.com/lorenzo99/status/1198199656611811328[/twitter]
Quote Melorqe 4-12-2019 03:46 PM
aku ada dengar radio lama dulu
perempuan ni dia akan pergi melepak kat pool hotel2 yg abam pilot atau orang ternama menginap
lepas tu buat2 la berkenalan
haa dapat la jerung kat situ
bila ada kisah geng cacacicicucu lepak kat bali then ada pula gossip ni keluar,
aku rasa derang ni pun sepesen juga laaaa.. apa la yg best sgt kat bali tu
kat langkawi lagi best kut, mampu dgn tak mampu je ler nak duduk hotel 5 bintang dgn private beach.
Quote chipsmoremore 4-12-2019 04:29 PM
Melorqe replied at 4-12-2019 03:46 PM
aku ada dengar radio lama dulu
perempuan ni dia akan pergi melepak kat pool hotel2 yg abam pilot at ...

betui la tu... kawan aku yg sosial n semua ada muka semua buat mcm tu gak.. lepak hotel kat lobi ke pool ke , mmg aim orka je , now semua dah insoff

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035471 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top