"Dah takda makanan lain ke sampai makanan kucing pun nak review? Pelik la BBNU ni." Pernahkah anda terfikir apa rasa makanan kucing? Mungkin bagi segelintir penggemar kucing, perasaan ingin tahu itu menebal tetapi geli untuk merasainya. Jangan bimbang sebab ada orang yang sukarela membuat ulasan makanan kucing. Terus menikmatinya dari tin, pengulas tersebut menjelaskan yang rasanya okey. "Rasanya seperti tuna biasa, tak pelik pun cuma bau ja lah yang tidak begitu menyelerakan. Tapi okey, kalau kucing boleh makan, kita manusia pun boleh." Video tersebut mendapat pelbagai perspektif daripada warganet. Ada yang menerimanya secara bergurau, serius dan marah. Mungkin bagi yang berasa jijik tidak menyangka makanan kucing adalah boleh diratah biasa sedangkan kelompok yang menyokongnya mengatakan ia adalah prosedur biasa sebelum produk itu dijual. Macam-macam hal, tapi itulah warna-warna kehidupan. Apa pun, sekurang-kurangnya persoalan rasa makanan kucing itu sendiri telah terjawab. - CARI |
ADVERTISEMENT