CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Senang Nak Dapat 'Greenlight' - Awie Dapat Izin Isteri Untuk 'Bersama' Erra

6-12-2019 10:24 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 33998| Komen: 126|Original author: Oleh: natrahn

Bagi meraikan ulangtahun ke-25 perjalanan seninya sebagai artis solo, penyanyi rock lagenda, Datuk Awie bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa bertemakan cinta berjudul KONSERT AWIE ROMANTIKA. 


Kali ini KONSERT AWIE ROMANTIKA bakal menyajikan kelainan apabila buat pertama kalinya selepas hampir 25 tahun, Awie tampil dengan konsert solo bersama artis undangan istimewa iaitu Erra Fazira.



Minta izin isteri untuk 'lamar' Erra

Terdahulu, penyanyi rock lagenda, Datuk Awie mendedahkan dia telah berfikir semasak-masaknya sebelum memberitahu kepada isterinya, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin mengenai hasratnya bergandingan dengan Erra Fazira.

Tambahan lagi, Erra merupakan wanita yang pernah bertakhta di hatinya 20 tahun lalu dan kisah cinta mereka disebut-sebut di serata Malaysia.




Saya mengaku tak mudah untuk saya memberitahu kepada isteri mengenai hasrat saya ‘melamar’ Erra kerana saya tahu saya perlu menjaga hati banyak pihak.

“Bukan isteri sahaja, tetapi anak-anak termasuk seluruh ahli keluarga sebelah isteri dan seumpamanya.

“Tambahan lagi, saya dan Erra pernah bertunang. Ya, walaupun huhungan itu sudah lama berakhir saya faham hati wanita, sedikit sebanyak pasti terdetik rasa cemburu.

“Mujur saya ada pengalaman macam mana nak handle situation macam ni sebelum ini, dan saya bersyukur kerana isteri sangat memahami dan memberi sepenuh sokongan dan kepercayaan kepada saya,” katanya memetik laporan dari Gempak.



Erra pula berkata, dia mengambil sedikit masa sebelum bersetuju menyertai konsert tersebut kerana memikirkan tentang beberapa faktor.

“Saya tak bagi kata putus, tetapi ambil masa dan kami mengadakan pertemuan serta perbincangan terlebih dahulu.

“Selepas Awie jelaskan perjalanan konsert itu dengan lebih jelas, baru saya bersetuju. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada isteri Awie kerana memberi keizinan kepada kami untuk bergandingan,” katanya.

Bercakap mengenai Konsert Awie Romantika, Awie berkata konsert tersebut akan mengimbau perjalanan kisah cintanya bersama Erra sehingga mereka berpisah.

“Saya harap selepas ini tidak ada lagi orang bertanya kepada saya atau Erra mengenai hubungan yang dah lama tak ada tu.

“Kami pun dah ada keluarga dan hidup masing-masing,” katanya kepada Gempak.

Awie dan Erra ditemui ketika majlis sidang media memperkenalkan Erra sebagai artis jemputan konsert berkenaan di Zebra Studio, Palace of The Golden Horses, petang Rabu.

Imbas kembali memori 25 tahun lepas


Kredit Foto - Google : Filem Sembilu Tahun 1998

Konsert bertema romantika yang dibawakan secara muzikal/teatrikal ini, sedikit sebanyak bakal membawa penonton mengimbau kembali zaman mereka masih muda, zaman ketika mereka baru mengenal erti cinta, ketika mereka baru merasa sakitnya patah hati, kisah cinta sebelum dan selepas ikatan perkahwinan.

Lagu-lagu berhantu Awie seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Di Bayang Awan, Ratuku, Di Penjara Janji, Alif Ba Ta Duniaku dan banyak lagi yang pastinya akan membawa peminat mengimbau kembali tahun-tahun mereka bersama Awie.

Pastinya konsert ini menjanjikan suatu pengalaman yang berbeza.

Konsert Romantika Awie yang bakal berlangsung pada 15 Februari tahun depan di Stadium Melawati, Shah Alam. Tiket boleh didapati menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian (03-86050195). - CARI
4

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomatome 5-12-2019 11:24 AM
So yesteryear la pakcik makcik
Quote ais_kosong 5-12-2019 11:47 AM
Benda dah lepas xyah dok cita. Jaga family masing masing sebelum jadi porak peranda
Quote HoneyManjer 5-12-2019 11:51 AM
bahahahahhahah de lagi ke urang kezzzzzzahhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote blue^panther 5-12-2019 11:57 AM
Tapayah la jual kisah cinta basi tu, tiket x laku ke bang???
Quote kibodwatriuh 5-12-2019 12:05 PM
Bila kertu perasan BBNU.
Quote Adeakukesah11 5-12-2019 12:08 PM
Benda dah basii

Next
Quote doubleA 5-12-2019 12:08 PM
Cerita lama dah sawie... bini tu pun tak jeles dah gamaknya sebab sawie pun dah kertu, bukan hero malaya macam dulu2 apa guna ungkit kisah dulu anak dah jadi anak dara pun
Quote pejol 5-12-2019 12:12 PM
this is kelakorr
Quote ReginaGeorge 5-12-2019 12:14 PM
Macam lah orang tak tau kisah sebenar. Berani ke erra nak berkata jujur? diorang dah siap bincang dah macam mana nak bagi hype concert tuh.. So euw
Quote Nadzfizz 5-12-2019 12:18 PM
Ala tak payah la
Quote jijana 5-12-2019 12:21 PM
Euwwww...org pun geli nak tau kisah cinta org tua2...
Quote amyainsamad 5-12-2019 12:24 PM
sebab apa putus sebenarnya?
Quote hotmak 5-12-2019 12:30 PM
untung awie wife sporting
Quote me12345 5-12-2019 12:31 PM
hotmak replied at 5-12-2019 01:30 PM
untung awie wife sporting

Ada pekdah ka nk tau...
Quote kaseh80 5-12-2019 12:32 PM
Ada iols kisah
Dah tua tua ni byk keje lain lagi
So sendu
Quote tuberoses 5-12-2019 12:35 PM
marketing nk lariskan tiket le ni...
org da tak kesah kot kisah cinta ni...skrg tengah bz kisah cintaik yg ke 19
Quote kopiah 5-12-2019 12:37 PM
mana leh lupa awie...ko kena tangkap basah..sian erra ..tp apapun terima kasih jugak ko tak jadi kawin dgn erra...tiap2 ari dtg sentul berdating dgn erra...tp apa ko buat
Quote Ratutulip 5-12-2019 12:37 PM
perlu ke nk ungkit kisah lama
Quote BoongaKertas 5-12-2019 12:45 PM
mcm x proper jer nak ungkit citer lama? demi kelansungan hidup kot eh kekdahnya

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.178467 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top