Siapa sangka suami isteri ini dapat mengembara dari Pulau Pinang hingga ke Laos dengan hanya menggunakan Perodua Kancil.
Kenderaan tersebut difahamkan sudah pun berusia 25 tahun namun masih mampu menjadi kenderaan buat Azman Ali, 46 bersama isterinya, Nurul Ramli, 38. Memetik laporan Harian Metro, sebelum ini Azman mempunyai pengalaman mengembara dengan menaiki motosikal kapcai. “Saya dan isteri kemudian membuat keputusan untuk menaiki Perodua Kancil dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang menuju ke Laos dengan meredah perjalanan lebih 5,000 kilometer sejak 1 Disember lalu.
“Kesempatan ini juga saya mahu buktikan kereta buatan Malaysia yang menggunakan kapasiti enjin kecil juga boleh meredah perjalanan jarak jauh tanpa sebarang masalah,” katanya. Katanya lagi, dia dan isteri memilih untuk memasak ketika berhenti rehat kerana ia lebih mudah dan menjimatkan. “Saya hanya memandu perlahan terutamanya selepas masuk ke sempadan Laos kerana jalan di negara berkenaan berlopak. Lebih mencabar jika pemanduan pada waktu malam. “Disebabkan saya sendiri sudah beberapa kali ke Laos, jadi tiada masalah untuk mengetahui laluan mana yang perlu digunakan, namun masih menggunakan aplikasi navigasi untuk kepastian,” katanya lagi. Azman berkata dia dan isteri mengambil masa selama 17 hari untuk sampai ke destinasi. - CARI
|
sarah82 replied at 4-12-2019 08:23 PM
One fine day.. Aku boleh tunaikan juga impian aku travel guna camper van.
Catpaw replied at 4-12-2019 09:30 PM
Nak ikut
harizs replied at 4-12-2019 08:16 PM
Kereta kancil duit berkepuk
noraidil_06 replied at 4-12-2019 09:22 PM
Sy nak jln2 naik kereta camni, tidur mana sempat, mkn apa ade. Impian sgt ni.
My fren pernah pusing ...
ADVERTISEMENT