Lama tidak mendengar khabar usahawan kosmetik, Safiey Ilias selepas dia khabarnya sudah membuat pembedahan membuang silikon pada tubuhnya. Malah, dia sudah kembali dengan imej lelaki seperti asal dan bukannya keperempuannya yang sering dikeji ramai. Pun begitu, baru-baru ini Safiey mengejutkan ramai pengikutnya apabila berkongsi gambar lamanya yang memakai dan berpenampilan ala maknyah.
"Masa untuk kembali. Wait and see." Ramai yang berasa keliru dan gusar dengan status tersebut kerana mereka tidak mahu Safiey kembali menjadi maknyah. Di ruang komen, para warganet ada yang mendoakan yang baik-baik, namun ada juga yang mengecam untuk 'unfollow' jika dia kembali menjadi pondan. "Dia kembali jadi pondan i unfollow terus."
"Kau jangan ngada-ngada jadi gegirl balik deyy." Nampaknya ramai yang tidak menyokong jika itulah yang Safiey mahu. Namun, ada juga yang berpendapat ia sebenarnya cuma strategi untuk mempromosikan produk terbaharunya nanti. Apa pun, teruslah untuk memperbaiki diri ya. Jangan pandang belakang lagi. - CARI |
mamastoney replied at 5-12-2019 05:35 AM
Kan 2@ 3 minggu lepas dia gaduh dgn Para Mendosa dah pompuan tu ckp dia tipu je berubah jadi jantan ...
ADVERTISEMENT