CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tarik Balik Gelaran Ustaz" - Petisyen Hapuskan Gelaran Penunggang Agama Dilancarkan!

6-12-2019 10:38 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 10454| Komen: 34|Original author: Oleh: natrahn


Ustaz. Satu kalimah power hanya layak bagi yang tahu secara mendalam akan sesuatu bidang yang mereka kuasai. Dalam bahasa mudahnya, kita gelar sebagai pakar!

Kemudian, ada pula program realiti televisyen yang secara tidak langsung 'menganugerahkan' gelaran tersebut, tetapi dengan menggunakan nama lain seperti Pencetus Ummah (PU), Imam Muda (IM), Da'i dan Ustazah Pilihan.


Kredit Foto - Google : Gambar Hiasan

Gelaran ini kemudiannya diletak dipangkal nama, lalu dilihat seolah-olah menjadi 'lesen besar' bagi segelintir daripada mereka untuk memberikan tunjuk ajar, teguran dan sebagainya kepada netizen termasuklah golongan artis. 


Lebih buruk, kisah-kisah kontroversi melibatkan golongan ini yang kebanyakannya diangkat menjadi selebriti telah sedikit sebanyak memberi gambaran buruk pada agama Islam dan penganutnya.

Isu ini dibimbangi akan membuatkan masyarakat terkeliru dan taasub dengan gelaran berkenaan, di mana mereka yang memegang gelaran itu lazimnya dianggap mempunyai akhlak yang baik dan merupakan pewaris nabi.




Ekoran itu, satu petisyen telah dibuat iaitu "Tarik Balik Panggilan Da'i, PU, IM & Ustaz Untuk Si Penunggang Agama - Panggil Encik Saja". Kandungan petisyen itu adalah seperti berikut:

1) HARAMKAN, TARIK BALIK penggunaan julukan (title) Pencetus Ummah - Pencetus Ummah (PU), Imam Muda (IM) atau Da'i kepada penunggang-penunggang agama, si pencemar kesucian Islam : Panggil mereka Saudara atau Encik sahaja.

Rancangan realiti TV yang berkonsepkan AGAMA seperti rancangan PU, IM dan Da'i akhirnya mencalarkan agama yg Syumul ini, ISLAM. Walaupun bukan semua PU, IM & Da'i berperangai ikut kaedah syariat ciptaan syok sendiri mereka, tapi segelintir pelaku-pelaku berkelakuan amat memalukan ini, memberi impak yang amat buruk kepada agama Islam dan orang Islam khasnya, dan dari kaca mata pandangan bukan Islam amnya.

Fenomena menggunakan gelaran ustaz, menggelar dan memanggil diri sendiri sebagai ustaz untuk kepentingan peribadi dengan akhlak yang bertentangan dengan cara hidup Islam adalah sangat serius. Ianya serius kerana pelaku-pelaku ini adalah kelahiran RANCANGAN REALITI TV. Sudah tentunya telah ada PENGIKUT yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Mereka menjadikan 'ustaz-ustaz' ini 'role model' mereka.  Pelaku-pelaku ini menggunakan alasan agama atas kapasiti sebagai 'ustaz celebrity' untuk kepentingan peribadi di sosial media. Maka, DI SINILAH MASALAH BERMULA - Ini semua virus, penyakit. Cukup-cukuplah dan hentikanlah!

Kalau pelaku-pelaku ini bukan kelahiran RANCANGAN REALITI TV, Aiman tak kesah pun sebab yang berakhlak buruk itu pelaku-pelaku ini dan tidak membawa nama PU, IM atau Da'i malah bukan role model untuk manusia sekalian alam. 

Ostaz! ostaz! ostaz! 

Justru HARAMKAN, TARIK BALIK penggunaan nama PU, IM & Da'i kepada penunggang2 agama ini! Panggil pelaku-pelaku ini Encik sahaja.

2) BATALKAN RANCANGAN REALITI TV AGAMA atau SEMAK SEMULA

Rancangan Realiti TV Agama adalah suatu penghinaan kepada institusi keilmuan Agama Islam. Kecuali ianya disemak semula dengan mengambil kira dari pelbagai sudut. 

Note: Kes penderaan seks terhadap kanak-kanan masih tinggi, keganasan rumahtangga terus meningkat (harap bukan influence ustaz-ustaz ini), sumbang mahram juga terus meningkat, hubungan sejenis lagi terus meningkat. Tapi kita sibuk buat rancangan realiti TV keagamaan untuk calon-calon yang tak berkualiti. 

Islam bukan untuk dipentaskan! Kembali kepada ummah tinggalkan dunia glamour. Jom kita team up kuatkan Islam. Ianya bermula dari kita: Suami, isteri, anak-anak. Jadilah suami/bapa role model kepada isteri dan anak-anak, Insyallah kamu akan menjadi role model kepada masyarakat. 

Jom jadi duta Agama Islam.

Sehingga kini, petisyen itu telah mendapat lebih 7,000 tandatangan.

Penggunaan istilah tersebut di negara ini sememangnya perlu dikawal supaya hanya pihak yang mempunyai latar belakang ilmu agama dan benar-benar layak sahaja dapat menyandang gelaran itu. 

Beratnya bebanan tanggungjawab yang dijunjung melalui gelaran dan istilah yang dikhuatiri boleh memakan diri jika tidak dipelihara penggunaannya. 

Semoga bermanfaat. - CARI
10

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WeAiNe 6-12-2019 10:40 AM
macam mana nak vote
Quote Asdan 6-12-2019 10:55 AM

soalannya, adakah haram mengikut agama,
kalau haram - biar mufti keluar fatwa, kalau halal - biar la ?
Quote belilies 6-12-2019 11:17 AM
That's why, religion and showmanship is a no-no! Agama dijadikan komersial, untuk dijual, jadi title tu dah tak suci lagi.

Dah hit 7.5k ke? Iols xnampak langsung any1 from my fb friend list promote this link. Patut in a day dh dpt 10k kot benda camni.... Sbb sgt memalukan agama for this show to be carried on.
Quote natrahn 6-12-2019 11:21 AM

https://www.change.org/p/tarik-balik-panggilan-da-i-pu-im-dan-ustaz-utk-si-penunggang-agama-panggil-encik-saja?signed=true
Quote indestructibleR 6-12-2019 11:38 AM
saya setuju gelaran ni ditarik balik. ramai sangat salah guna title ni..
Quote Rogue98 6-12-2019 11:48 AM
Setuju 1000%
Tapi mana link?
Quote Meiizu 6-12-2019 11:51 AM
i takmo tgok daei ni..slalu tukar channel jeee, geli tgok dia tersengih tetiba suara kuat cam pidato.
Quote Meiizu 6-12-2019 11:54 AM
ehhh kesemua 4 show  kat atas i memang tak tengok .. i penah layan jejak rasul jee kot, kalau tertekan ahhah tertekan okehhhh forum perdana islam , alkuliyyah depend jemputan tu sapa .. itupun dgr sambil sapu sampah, mop lantai laahh, sidai baju kat balkoni.
Quote Gingerly 6-12-2019 12:13 PM
Tinggi menggunung nilai ugama pabila digunapakai tuk menaikkan martabat makam kesuchian pengasihan mereka sekalian.. Tak hairan mengapa ugama tak ditelan zaman?

Sesungguhnya persaksian berugama adalah rahasia pada barangsiapa yg ikhlas mengamalkannya
Quote mizruncing 6-12-2019 12:22 PM
yesss setuju sgt! dgn gelaran tu la buat mereka riak n makin dikenali sekaligus menjerumus ke arah kemungkaran sampai lupa asal usul n anak bini
Quote imransulaiman 6-12-2019 12:36 PM
Ha! Termakbul hasrat aku! Baru je komen dalam benang mana entah suruh tarik gelaran dorang ni.. {:run{:run{:run
Quote Kurex 6-12-2019 12:40 PM
aku macam ni, aku tak kisah la dari ostad mana pun yg bagi ceramah, nasihat atau ilmu yg betul aku ikut..
Quote any42 6-12-2019 01:04 PM
bg i rncangan mcm ni bgus tp bila dah hbis xperlu nk carry panggilan tu tyang srata alam konon ko pu la da'i la. klau msa bborak org mmilih utk pnggil ko ustaz,pu tu xpe la.
lgpun lps hbis rncngan ni semua klau ttap ikhlas go on truskn bg crmah,bdskusi ttg agama org boleh nilai sndri thap ilmu ko so xperlu kot gelaran tu semua lg2 klau bkn pemenang utama.
Quote maharani_gebu 6-12-2019 01:17 PM
petition signed
Quote ikanmasin 6-12-2019 01:18 PM
bagus sokong jer.menyampah bila dgr ustaz ckp mcm ni ustaz ckp
mcm tu dgn muka plastik tu..tak payah bawa nama ustaz kalau perangai
tak elok mcm tu..
Quote HannahMontana 6-12-2019 01:36 PM
Yang paling pelaq boleh bahasakan diri sendiri sebagai 'ustaz"

"ustaz suka begini"

"ustaz yang sendiri begini ..."

Elakkan  memilih jantan berlebai atas kepala ,dibimbangi didalam kepalanya xde otak .
Quote kucingitam 6-12-2019 02:36 PM
ustaz don pun rileks2 je x membahasakan diri dia ustaz..
eh mmg tak pernahlah aku dgr ustaz membahasakan diri dia sebagai ustaz.

setad jadian paan ni je tiber..
Quote 3480 6-12-2019 04:00 PM
Setuju jahh.. meluat aihh.. asaikan abih program pu, daie, imam muda ni abih smua dok panggey ustat
Quote sehirkedi 6-12-2019 04:07 PM
Yea.. Sokong 100%! Hentikanlah rancangan tv realiti PU, Dai dll. Baik buat rancangan tv realiti deco2 rumah, pertandingan masak, buat ladang ke, usahawan.. Dah muak dengan penunggan ugama akhir zaman. Jijik.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.067730 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top