Gara-gara tajuk portal Astro Awani yang menonjolkan 'missleading heading', warganet berbalah menegakkan pendapat masing-masing. Tajuk "Kapal kargo karam, barangan sale 11.11 lesap?" menimbulkan kemarahan orang ramai. Ini kerana berita tersebut melebihkan barangan berbanding nyawa kru kapal dan dua daripadanya mati lemas sementara tujuh lagi hilang. Antara kata-kata yang dijadikan bahan jenaka mereka yang tidak memiliki empati ialah "patutlah, tak sampai lagi barang," dan sebagainya.
Sikap tidak prihatin ini seolah-olah menunjukkan segelintir rakyat Malaysia yang lebih mengutamakan material berbanding nyawa pekerja yang terlibat dalam kapal itu sendiri. Sebagai rekod, kapal kargo dari Taiwan itu sedang membawa barangan dari TaoBao sebelum dihantar ke pembeli. Berlaku perlanggaran di perairan Minjiang mengakibatkan tujuh kru masih hilang dan dua disahkan maut. Akibat kejadian itu juga sebanyak 879 tan barang di atas kapal tenggelam ke dalam laut. Begitulah bila tragedi bertukar menjadi bahan jenaka. Rasanya segelintir mereka yang tidak prihatin ini boleh lah bermuhasabah lalu meletakkan diri dan keluarga mereka di tempat pekerja kapal itu sendiri, mungkin baru boleh berfikir waras. - CARI |
Antara kata-kata yang dijadikan bahan jenaka mereka yang tidak memiliki empati ialah "patutlah, tak sampai lagi barang," dan sebagainya.
bawangkecik replied at 6-12-2019 03:06 PM
apa nak heran dengan troll page tu. bukannya official page astro awani pun
JohnnySins: yang berdagang pun dok kira kerugian...bukan kira sedih keluarga mangsa....wakakakakakakkakaa
ADVERTISEMENT