Selepas susu pisang yang terpalit dengan kontroversi, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa tatkala menerima tawaran untuk bekerjasama dengan sebuah jenama fesyen antarabangsa terkenal Giuseppe Zanotti pula.
Jual kasut pula Menurut Neelofa, dia tidak menyangka bahawa jenama kasut yang dipakainya sejak awal pembabitan di dalam industri suatu ketika dahulu menyatakan keinginan mereka untuk menghasilkan kasut edisi istimewa bersempena namanya untuk pasaran. Pengasas jenama tersebut mendedahkan Neelofa mempunyai aura tersendiri secara tidak langsung pujian tersebut memberikan satu penghormatan buatnya. Selepas pertemuan dengan Giuseppe Zanotti ketika hadir ke pertunjukan fesyen di Milan awal tahun ini, Neelofa ditawarkan kerjasama dalam rekaan koleksi istimewa bersama Giuseppe Zanotti. Dua Koleksi Neelofa Kini Di Pasaran Sebagai info, selebriti-selebriti ini juga merupakan penggemar dan pelanggan setia jenama ini kerana memperakui akan keselesaan dan mutu penghasilannya yang cukup kemas dan sempurna. Dua koleksi kasut tersebut 'Dazzling Liza for Neelofa' dan 'Mirror Liza for Neelofa' kini mula dijual di butik berkenaan di Pavilion yang berharga RM9,790 dan RM3,890 untuk setiap koleksi. Gulp. Lebih membanggakan, Neelofa merupakan artis pertama di Malaysia dan kedua di Asia yang berkolaborasi bersama Giuseppe Zanotti. - CARI Sumber - Instagram Neelofa & Murai.my
|
zuriey: Siapa aja yg nk pkai kasut tongkal giniAcik lobenak semua kepam & gundu kang terpeleot kaki diorng
dreamcatcher replied at 7-12-2019 10:08 AM
Tak sakit ke pakai camni ekk?
ADVERTISEMENT