Makanan hipster memang menjadi pilihan anak muda masa ini. Masalahnya semua manis belaka hingga tahap 'potong kaki' . Selepas fenomena boba tea, kini muncul pula minuman terbaharu yang menggunakan coklat berjenama sebagai bahan utama. Maka, ramailah yang ingin mencuba menu viral tersebut. Tetapi apabila melihat harganya, semua geleng kepala, sebab lebih mahal dari restoran berjenama eksklusif. Sebanyak lapan minuman coklat disediakan dengan ianya dikisar serta diletakkan 'whipping cream' serta coklat itu sendiri di atas. Yang anehnya, di luar gelas itu pun diletakkan hiasan coklat, jadi untuk dijilat atau bagaimana? Warganet mempersoalkan harga minuman tersebut yang tidak masuk akal. Dengan restoran tempatan yang biasa-biasa, harga antara RM23 hingga RM53 sangat lah tidak berbaloi untuk dibeli. Malahan minuman dari Restoran Antarabangsa Starbuck lebih murah berbanding yang ini. Itu tidak termasuk lagi tahap kemanisannya yang akan menyebabkan komplikasi penyakit jika diambil dengan kerap. Jadi, ia bukan sahaja menghauskan poket tetapi menambahkan statistik pesakit diabetes. Jadi, bagaimana? Selepas demam boba tea, ada yang teringin mencuba minuman coklat ini? Kalau bukan soal harga, anda mahu mencubanya? Tepuk poket, tengokla masa depan. - CARI |
ADVERTISEMENT