"I tak jaga pantang 2 anak sebelum ni. Tu yang badan cepat sakit-sakit." Itu penjelasan Selebriti, Wawa Zainal di laman Instagramnya. Disebabkan sibuk menguruskan perniagaan, Wawa tidak serius menjaga dirinya selepas bersalinkan anak pertama dan keduanya sebelum ini. Jadi, untuk anak ketiganya kali ini, Wawa tekad untuk berpantang secara serius. Menurut Wawa lagi, fikirannya memang asyik terfikir tentang bisnes kosmetiknya, namun disabarkan hatinya. Itu pun disebabkan Aeril Zafrel masih belum memulakan penggambaran, jika tidak mungkin terbantut lagi pantangnya itu. Para pengikutnya turut menyokong usaha Wawa supaya serius dalam berpantang. Baguslah begitu, berpantang bukan sekadar menjaga fizikal tetapi juga mental supaya lebih sihat. Jadi, tidak lagi sakit-sakit bila usia makin meningkat. - CARI |
ADVERTISEMENT