CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jaga Mata Bila Kerja Dengan Suami Orang" - Nana Minta Allah Kuatkan Hati Hadap Dugaan

9-12-2019 10:45 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 15448| Komen: 76|Original author: Oleh: ameenarara

Tiada siapa pun akan terlepas daripada godaan yang melibatkan perasaan. Namun, seseorang perlulah berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan. 

Bagi pelakon dan penyanyi Siti Nordiana, tidak semestinya mereka yang berstatus ibu tunggal menjadi tarikan suami orang, namun ada juga yang menjadi pilihan lelaki bujang.



Foto: instagram Nana

Ini kerana semuanya bermula dengan hati dan perasaan. Sesetengah orang bagaikan sukar mengelak daripada bercinta dengan mereka yang sudah menjadi milik orang lain, tetapi perlulah rasional.

Nana berkata kepada MyMetro, dia sangat menjaga batasan diri apabila bekerja dengan suami orang.



Tambahnya lagi, sungguhpun tanggungjawab menjadi ibu tunggal bukan mudah, dia akan sedaya upaya mengelak daripada orang lain bercakap negatif tentang dirinya.

Disebabkan itu, Nana sentiasa berhati-hati apabila memuat naik sebarang gambar yang boleh mencetuskan kontroversi.



Selain itu, dia juga tidak dapat lari daripada gosip cinta kerana menyedari itulah yang perlu dilalui dalam dunia hiburan.

Harap wanita lain juga mencontohi sikap Nana. Jaga hati dan elakkan publisiti murahan. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 9-12-2019 10:51 AM
baiklah si nana ni.
Quote missycutie 9-12-2019 11:11 AM
Suka sgt dgn perubahan nana. Semoga dipertemu jodoh yg selayaknya utk nana n anak
Quote royaldanish 9-12-2019 11:11 AM
Owhhhh begitu ye
Quote fliphair8 9-12-2019 11:16 AM
walopun hakak no fan...tapi hakak sangat respek nana ni...menjaga batasan, menjaga adab dan tak cepat melatah...biarlah berperangai dan bergelar desa ye nana...tapi mentaliti level tinggi
Quote Kurex 9-12-2019 11:21 AM
yela nana sendayan... buatlah apa yg sepatutnya..
Quote nazzse 9-12-2019 11:21 AM
sheols pandai jaga diri & status..so that tak dikata janda gedik..
untung anak lakinya
Quote berusjamban 9-12-2019 11:22 AM
Hurm gitu la. Time dia berfasa skirt pendek rebel time exhubby baru meninggal semua cerca. Time bertudung puji mcm nak rak
Quote Loh_83 9-12-2019 11:22 AM
Good. Boleh jadi contoh yang baik pada artis BBNU.
Quote amal12bh 9-12-2019 11:24 AM
dia berubah menjadi lebih baik. mmg patut dipuji..semoga terus istiqomah..
Quote MadameOnion 9-12-2019 11:32 AM
cantik nana ni..tapi muka dia mcm suram..kena glowing2 sikit
Quote malaysiaku123 9-12-2019 11:33 AM
nana dgn org lain mmg dia jg batas apa semua..
tp bila dgn khai tu lain sket..kurg jaga sket batas..
moga lepas ni kembali sperti dulu ya..
biar jual mahal sket..baru org lbh suka
Quote mdhelmi 9-12-2019 11:38 AM
nana tunggu lamaran yg ke 19?
Quote selipar_hijau 9-12-2019 11:38 AM
malaysiaku123 replied at 9-12-2019 11:33 AM
nana dgn org lain mmg dia jg batas apa semua..
tp bila dgn khai tu lain sket..kurg jaga sket batas. ...

sisterhood2 je tu ngn khai
Quote julielapadite 9-12-2019 11:39 AM
berusjamban replied at 9-12-2019 11:22 AM
Hurm gitu la. Time dia berfasa skirt pendek rebel time exhubby baru meninggal semua cerca. Time bert ...

sbb tu cerca attitude bukan kena benci empunya diri sampai mati
Quote mesmerize 9-12-2019 11:43 AM



dulu sisterhood dgn zoey gasing.. skrg dgn khai pulek?
Quote kuntap 9-12-2019 11:47 AM
julielapadite replied at 9-12-2019 11:39 AM
sbb tu cerca attitude bukan kena benci empunya diri sampai mati

Kan.. at least dia berubah jadi lebih baik.. bukan artis yg dah elok tudung tutup dada.. tapi makin lama makin singkat
Quote RLC is RLC 9-12-2019 12:00 PM
berusjamban replied at 9-12-2019 11:22 AM
Hurm gitu la. Time dia berfasa skirt pendek rebel time exhubby baru meninggal semua cerca. Time bert ...

kalau dah berubah ke arah kebaikan mmg patutlah kene puji.. apoo

moga nana terus istiqamah...
Quote oh_nana 9-12-2019 12:01 PM
Makin hari makin tertarik dkt Nana ni. Sungguh2 sheols gunakan peluang kedua melalui kemenangan gv sheols tu. Rajin kerja ambil jobs apa semua tp masih kekalkan kehumbleness, hargai peminat, jaga batas... I hrp sheols jumpa jodoh yg terbaik
Quote miss_strangers 9-12-2019 12:14 PM
kuntap replied at 9-12-2019 11:47 AM
Kan.. at least dia berubah jadi lebih baik.. bukan artis yg dah elok tudung tutup dada.. tapi maki ...

Erk adik mighoh piljah ke or acik neelopak ke both?

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.170288 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top