CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Pakai Lagi, Plaster Pak Li Beracun

9-12-2019 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6584| Komen: 34

Orang awam digesa agar tidak membeli dan menggunakan produk tradisional Pak Li Medicated Plaster kerana ia dikesan mengandungi racun berjadual diphenhydramine.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pendaftaran produk itu dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) selepas pengesanan racun berjadual itu. 

“Diphenhydramine adalah sejenis antihistamin dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya boleh diperolehi daripada doktor atau ahli farmasi.

Kredit foto: Harian Metro

“Diphenhydramine digunakan untuk melegakan reaksi alahan. Kesan sampingan diphenhydramine yang digunakan secara ‘topical’ termasuk ruam, gatal-gatal serta peningkatan kepekaan terhadap cahaya,” katanya, memetik laporan Harian Metro. 


Oleh itu, orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya. 

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,”  katanya lagi. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 9-12-2019 11:49 AM
Sorry ya kurang faham. Jadi sebelum ni dah dapat kelulusan untuk dipasarkan lah ye? Lepastu baru detect ada racun
Quote Artemesiaa 9-12-2019 11:55 AM
Bagus ada peringatan bergambar macam ni jadi ramai boleh elak gunakannya
Quote JohnnySins 9-12-2019 11:55 AM
miszclassique replied at 9-12-2019 11:49 AM
Sorry ya kurang faham. Jadi sebelum ni dah dapat kelulusan untuk dipasarkan lah ye? Lepastu baru det ...

nampaknya lagu tu la...wakakakakakkakakakkakaka
Quote msdummy.2018 9-12-2019 12:01 PM
miszclassique replied at 9-12-2019 11:49 AM
Sorry ya kurang faham. Jadi sebelum ni dah dapat kelulusan untuk dipasarkan lah ye? Lepastu baru det ...

dia mcm kek secret recipe lah..bertahun2 dpt sijil halal...tiba2 ada satu tahun sijil halal dibatalkan sb kilang xbersih...tp lepas tuh dpt jer lesen halal tuh balik lepas diaorg rectify mslh tuh...
Quote Kurex 9-12-2019 12:01 PM
bagus, kalau sebelum ni, nak kena blur gambar, ada pixel, lepas tu buat orang tertanya2..

ot kejap, pahal opismate leluhur andartu pandang2 lauk aku???? hilang selera pulak aku kalau makan berbunyi ni la..
Quote Forfoxache 9-12-2019 12:05 PM
miszclassique replied at 9-12-2019 11:49 AM
Sorry ya kurang faham. Jadi sebelum ni dah dapat kelulusan untuk dipasarkan lah ye? Lepastu baru det ...

Ala setakat cop halal boleh under table inikan plaster tempek kt badan.
Quote Catpaw 9-12-2019 12:10 PM
Kurex replied at 9-12-2019 12:01 PM
bagus, kalau sebelum ni, nak kena blur gambar, ada pixel, lepas tu buat orang tertanya2..

ot keja ...

Lauk ko sedap kot, dia tunggu kurex ofer nak jamah sikit.

Tak perasan plaster ni, selalu beli yg sejenis lagi tu tak ingat cap. Tak pun neubon plaster je, berangin juga tempat tampal tu
Quote MadameOnion 9-12-2019 12:33 PM
Kurex replied at 9-12-2019 12:01 PM
bagus, kalau sebelum ni, nak kena blur gambar, ada pixel, lepas tu buat orang tertanya2..

ot keja ...

pandang lauk kurex ke...atau pandang 'lauk' kurex?
Quote rosmahisham 9-12-2019 12:45 PM
X pnh npk pon plaster ni..igt kopitiam pak li tadi...smlm baru mkn kat shah alam
Quote Kurex 9-12-2019 12:54 PM
MadameOnion replied at 9-12-2019 12:33 PM
pandang lauk kurex ke...atau pandang 'lauk' kurex?

pandang lauk.. takkan la pandang anu..

setiap kali bawak bekal mesti nak usya
Quote Mfzg89 9-12-2019 01:03 PM
miszclassique replied at 9-12-2019 11:49 AM
Sorry ya kurang faham. Jadi sebelum ni dah dapat kelulusan untuk dipasarkan lah ye? Lepastu baru det ...

kira ada konspirasi under table la ni.. dah x payung tiap2 bulan tu yg blacklist kn.
Quote BoLapciOus 9-12-2019 01:14 PM
Pestaim hakak dgr brand ni..kolot aungguh hakak
Quote misuke 9-12-2019 01:17 PM
pak li pulakkkk.. sok2 plaster mak nab pulak
Quote pyropura 9-12-2019 01:18 PM
miszclassique replied at 9-12-2019 11:49 AM
Sorry ya kurang faham. Jadi sebelum ni dah dapat kelulusan untuk dipasarkan lah ye? Lepastu baru det ...

Penjawat awam melayu lah ni, pemalas tak proaktif. Makan gaji buta jah
Quote bobo_beck 9-12-2019 02:17 PM
pyropura replied at 9-12-2019 01:18 PM
Penjawat awam melayu lah ni, pemalas tak proaktif. Makan gaji buta jah

caya la bro... pasni ko g la cari 1.4juta penjawat awam yg ko fitnah tu hehehehe... to gain respect please respect others...
Quote diss69 9-12-2019 05:10 PM
Xprnh jumpa jenama ni..
Quote slyfynx 9-12-2019 05:49 PM
Yang aku igt plater b.b. ngan salonpas.
huhuhuh
Quote chicozinn 9-12-2019 10:46 PM
Haihhh, plaster Pak Li ni siap ade hologram KKM acaner bleh terlepas jual kalu betul produk beracun???lemahnya la undang2 malaysia ni..btw sejak laki aku sakit kaki dua minggu lpas da 4 kotak plaster Pak Li ni dia pkai..plaster dia kaler merah tapi memang panas..even aku hidu bau terkena hidung bleh pedih weyhh
Quote vender 9-12-2019 11:56 PM
Forfoxache replied at 9-12-2019 12:05 PM
Ala setakat cop halal boleh under table inikan plaster tempek kt badan.

Betul ke boleh under table? Bukti?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.309473 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top