|
Tular sebelum ini ayat 'Baby Sayang' yang diucap oleh pelakon dan pengacara, Mira Filzah kerana suaranya yang comel dan manja.
Mira Filzah yang mempunyai paras rupa jelita memang menjadi idaman lelaki di luar sana dan pernah juga digosipkan dengan beberapa aktor dan penyanyi seperti Zizan Razak, Caprice dan Remy Ishak. Nampaknya, kini Mira dah ada pelanduk dua serupa bila sebuah laman Facebook (Viral Sabah Info) memuat naik beberapa keping foto memaparkan seorang gadis dari Sabah yang sangat mirip Mira Filzah. Memang serupa!
Gadis tersebut bernama Nicole Alph dan merupakan peserta ratu cantik bagi kawasan daerah Karambunai. Beliau yang berusia 24 tahun itu juga pernah memenangi gelaran Unduk Ngadau Karambunai pada tahun 2018. Dia yang kini bekerja sebagai pegawai bank mendapat pendidikan di Asian Tourism International College dan menetap di Kota Kinabalu. Jom kita tengok 'Baby Sayang' kedua kita ini! Macam Mira Filzah juga ya. |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.119473 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.