Anak muda Malaysia, Sofyank memang berbakat dalam penghasilan video kreatif, hinggakan Vlogger trik magik antarabangsa Zach King pun mengagumi bakatnya. Bukan itu sahaja, aktor Will Smith pernah berkolabrasi dengannya. Namun, apabila beliau berkongsi pujian Zach terhadap video terbarunya, ramai pula rakyat Malaysia yang lebih menumpukan pada tatabahasa Sofyank ketika berkomunikasi (mengkritik bahasa Inggerisnya) dan bukan bakatnya! Dah mengapa?
Perbahasan antara yang mengkritik bahasa Inggeris Sofyank dengan yang menyokong pereka video kreafif itu semakin panas apabila masing-masing mempertahankan pendapat sendiri. Timbul isu budak-budak Melayu sengaja membesarkan soal tatabahasa sedangkan bakat sebesar pemuda ini tidak pula dipandang. Atau pun mungkin bila teguran dibaca sebagai kritikan, ianya menjadi masalah besar. Apatah lagi nada yang dibaca adalah mengikut mood pembaca ketika itu. Namun begitu, tiada masalah bagi Sofyank malahan jawapan darinya memang merendah diri. Beliau berjanji akan terus memperbaiki kualiti percakapan bahasa Inggerisnya dan kini sedang mencuba dalam pelbagai cara. Begitulah, tidak salah menegur tetapi adab itu perlu supaya orang lain tidak salah faham. Maklumlah apabila semuanya menerusi alam maya, perlu lebih berhati-hati kala berbicara. - CARI |
ADVERTISEMENT