"Jelas ciapan saya menjelaskan bahawa saya tidak akan kembali berpolitik."
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengumumkan meninggalkan dunia politik untuk menumpukan perhatian dalam menimba ilmu. Menerusi ciapannya itu, Rafizi kini dilihat tertarik dengan teknologi kecerdasan buatan atau AI. “Teruja untuk memberi tumpuan kepada AI, pembelajaran mesin & IoT,” tulisnya. Memetik MalaysiaGazette, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 November lalu melepaskan dan membebaskan Rafizi selepas membatalkan sabitan mendedahkan akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), anak syarikatnya dan Pengerusi, Salleh Ismail.
Sabitan itu menyebabkan beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-14 tahun lalu. - CARI
|
Remyda replied at 10-12-2019 11:43 AM
Perginya 'Bapak Formula Minyak RM 1.50' yang akan di tangisi mahacai
ADVERTISEMENT