Lelaki bertindak di luar kawalan dengan membakar rumah kekasihnya apabila mengesyaki wanita itu curang. Lapor Kompas.com seperti dipetik Harian Metro, kejadian itu menyebabkan rumah Siti Zulaeha, 25, dan keluarganya di Kertapati, Palembang, Sumatera Selatan musnah dijilat api.
Menurut jurucakap polis Eterna Agustinus, sebelum kejadian suspek, Vijie, 25, dilihat jiran membawa botol minyak ke rumah mangsa. Tidak lama kemudian, api marak menjilat rumah wanita itu sebelum lelaki berkenaan dilihat melarikan diri. “Beberapa jiran mengejar lelaki itu tetapi dia berjaya melepaskan diri. “Tiada mangsa yang cedera kerana ketika kejadian tiada penghuni di rumah,” katanya. Selain seorang yang sangat cemburu, Siti Zulaeha mendakwa Vijie seorang yang panas baran dan sering memukulnya.
“Saya dituduh curang walaupun saya tidak berbuat begitu. Dia datang ke rumah untuk mencari saya tetapi saya tiada menyebabkan dia marah dan terus membakar rumah,” katanya. - CARI
|
9
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT